Saturday, December 31, 2011

New Year Eve...

31 Disember...last day of year 2011.

Sambut NEW YEAR di mana? tanya seorang teman.Aku balik kampunglah; jawabku. Alahhhhhhh tak bestla celebrate d kg, jum lah join kami. Ermm...nda apa la. Enjoy, happy new year...balasku.

Mungkin dulu, aku akan join, enjoy2 begini...tapi sekarang aku lebih suka duduk dengan family, menghabiskan masa bersama-sama dengan dorang. Maklumlah dulu masa muda (aikk sekarang aku dah tua ke?...hehe), selalu sangat nak melenting kalu mak suruh balik rumah, mesti ada jak alasanku. Betullah kata orang kalau kita kehilangan orang yang kita sayang, baru kita terkenang kembali apa yang kita buat. Tahun baru ini tiada lagi mak di sisi...perasaan ini sungguh k.o.s.o.n.g...

Azam 2011 dah tercapai ke?
Apa azam tahun 2011 aku ek? Aku pun dah lupa..tapi salah satunya nak turunkan berat badan kot.Ermm rasanya gagal lah nak turunkan berat badan hahaha...takpe akan aku teruskan untuk tahun 2012.

Dah jumpa teman istimewa?
Ya...tapi bulan 10 hari tu aku tarik diri kerana ada hal-hal yang kalau di teruskan ianya tidak memihak kepada aku.Entahlah ada orang suka, aku pula macam berat hati nak terima. Memilih ke? Takla, hanya hati yang kata tidak.Takpe la tahun ni teruskan misi mencari cinta :). Ya Allah...berikan aku kekasih yang baik hati :)

Financial ok tak?
Alhamdulillah...syukur,terima kasih ya Allah atas kurniaan rezekimu. Rasanya tahun ni, aku tidak mengalami masalah kewangan.Harap tahun-tahun yang mendatang pun akan begitu. Ya Allah murahkanlah rezeki ku..amin.

Pekerjaan?
My job? I really love my job. Bekerja sebagai pendidik adalah pekerjaan yang paling mulia. Sampai bila pun aku akan memilih pekerjaan ini. Chayok2 jut..u can do it!!!

nanti sambung lagi ya...nak makan dulu...

Tuesday, December 27, 2011

Gunung Kinabalu

13 January 2012

InsyaAllah...aku akan menawan puncak gunung kinabalu itu :).

Tinggal beberapa hari lagi...persediaan mental rasanya dah lama ready. Sekarang ni persediaan fizikal tu yang kena di upgrade. Akan start jogging, naik turun tangga, and kalau hujan akan buat yoga di rumah. Uhhh...berdebar2 juga coz stamina tu belum mantap.

Dulu, time sekolah menengah, ada juga lah 3 kali ikut rombongan naik gunung. Yelah, dah masuk kelab kembara, mestilah antara aktivitinya naik gunungkan?. Antara gunung yang pernah aku daki ialah Gunung Nuang (Selangor kot..), Gunung Datuk (Negeri sembilan) dan Gunung bunga buah di genting highland. Hahhh..jangan ingat aku yang cute ni tak suka adventure hahaha...Ok itu time muda-muda, tak payah pun jogging ke yoga ke..tetap sampai jg ke puncaknya. Tapi masalahnya sekarang ni...dahlah berat dah bertambah...macamanalah nanti ya hehe..

Tapi,takpe mesti kuatkan semangat...salah satu azam untuk tahun 2012 ialah menawan puncak gunung kinabalu.You can do it jut!!! Chayok! Hwaiting!...

coz i love myself everday...

Monday, December 26, 2011

Pindah Opis

'jut..nanti kau akan pindah bilik,mayb dalam minggu depan.'; kata si Puan Kelawar itu.

Emmmmm....aku tak suka!

Dalam minggu ni aku kena pindah opis. Coz quality department nak guna bilik aku tu (Geram sungguhlah!!!...)Tadi aku tanya bos aku..dia pun belum dapat arahan mana nak tempatkan aku. (Maknanya dia tak tahu lagi la tu...hampeh btul). Tak bestla lepas ni, mesti di tempatkan di open space.Tak boleh suda nak tido, tiada privacy langsunglah.

'setahu aku tiada arahan dr admin, so ko jangan pindah dulu'; kata bosku.

Aku pun pening arahan siapalah aku nak ikut ni,tapi last2 nanti memang aku kena pindah juga tu.Esok aku nak mula kemas barang2 aku. Apa boleh buatlah, sapa la aku huk..huk.. Kalau aku tiada opis lagi aku suka. Boleh datang sesuka hati. Time ada class baru aku g opis..Boleh tak camtu?

Terus tiada mood nak g opis...minggu ni pun sure student ramai yang ambik cuti sendiri. Kalau lah kolej bagi cuti lagi dalam minggu ni kan bagus. Tak bestlah ajar kalau yang datang separuh ja. Nak ambil cuti pun bos tak bagi huhu..apalah nasibku di penghujung tahun 2011 ni.Tapi.....

Terima kasih KYS...bonus separuh gaji :)

KYS..saranghae

Wednesday, December 21, 2011

W-day



16 Disember 2011...kawan opis merangkap geng karas kawin di Kudat. So, kerana malas nak drive aku tumpang kawan. Ramai jg yang pergi ada 5 kereta. Amat adventure coz tahu2 jela perjalanan ke Kudat tu jalannya agak mencabar kesabaran sikit. Yang paling teruk area Ulu Kukut ( masih lagi dalam daerah Kota Belud..kah33x). Entahlah setahu aku area tu memang jalannya tak pernah lah nak elok. Sepanjang perjalanan mengalami hujan tidak sekata...maknanya hujan...panas...hujan...panas...maklumlah sekarang ni pun tengah musim hujan jugakan...

First time tgok perkahwinan rungus...sampai2 je terus disajikan dengan tarian bangsa rungus. OK jugala...Congrats Lydia & husband :)

Tuesday, December 20, 2011

New Semester :)

Minggu lepas, sebelum balik KK, aku sempat singgah di rumah mama (Makcik yang aku tumpang sebut mama...)."Mama, terima dulu duit ni aku nak sedekahkan untuk arwah ibuku."...aku mau belanja kawan2 ibuku yang sememangnya selalu bertandang ke kedai kopi mama untuk bersarapan pagi di sana. Entah mngapa, sebak rasanya bila dia memeluk aku. Airmataku terus saja jatuh berjurai...:(. Aku pun memohon untuk beredar kerana aku tidak tahan nak lama-lama di situ.

Kelmarin...19hb bermulanya semester baru untuk sesi 2011/2012. Ermmm dan jadual pun boleh tahan padatnya. Its ok..chayok2 kerana kami akan dapat bonus XD. Thanks KYS :).

Thursday, December 15, 2011

Bangunla jut!!!

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku...

Kekadang bila dugaan datang melanda, kita sering kali berkata kenapa la asyik aku jak yang terkena macam ni. Tetapi akan selalu ingat 'Allah tidak akan menguji seseorang itu di luar kemampuannya. Minggu lepas minggu penuh dugaan, sehinggakan aku tidak mahu bangun dari tidurku..

'Semakin cepat ko menerima kenyataan, semakin cepat kau mencapai kebahagiaan'... nasihat dr seorang teman. Walaupun pada mulanya aku hanya mngendahkan kata-katanya, tapi entah mengapa ayat itu seringkali bermain di mindaku.

Bila dugaan datang melanda,pasti ada sinar di penghujungnya...

Syukur...Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah

Saturday, December 10, 2011

Pesorong kam

Pesorong kam adalah bahasa bajau yang bermaksud selamat datang atau welcome.

Blog saya ini adalah berbentuk peribadi, dalam erti kata lain saya akan tulis apa saja yang saya inginkan. Tolonglah...jangan invite saya dengan benda-benda seperti nak buat bisnes ke..nak beli barangan ke..nak belajar itu ini ke...dan jangan memaksa saya untuk FOLLOW blog korang :).

Kekadang untuk meluahkan perasaan marah, gembira, sedih...(kerana kita tidak mahu share dengan kawan2..maybe malu or kwn2 pun bz..)..kita akan menulis tentang itu. Jadi sy akan luahkan di sini sajalah XD.

Malam ni 10hb Dis 2011 Sabtu...saya ada terbaca akan terjadinya satu fenomena gerhana bulan penuh bermula pada jam 22.33. Jum kita tunggu bersama-sama salah satu kejadian alam yang menunjukkan kebesaran Allah ini.

Sayangi diri anda...kalau ada family baliklah,luangkan masa bersama mereka selagi nyawa di kandung badan....

Monday, December 5, 2011

Damdeok :)

http://www.dramacrazy.net/korean-drama/king-gwanggaeto-the-great/

Hahahaha sekarang tengah gila tgok drama korea ni...Sebab aku memang suka tengok cerita yang macam ni. Kekadang gelak sendiri2..kekadang 'termenangis' pun ada hehe.

Ada 2 minggu lagi nak semester baru...Bersediakah anda? Aku ok je..coz ajar subjek yang lama,so nota2 pun yg sama tinggal nak update beberapa topik je. Last meeting hari tu,beban kerja akan bertambah this coming semester, semua memerlukan internet.Key-in data student, markah ujian..kuiz..dan segalanya la.Its ok...semua tu kita kena terima dengan positif supaya takla stress sangatkan.Betul tak?

oh ya...aku ada beli lappy baru...Asus purple...so senang aku nak bawa ke sana kemari.So cute la..i like hehe.And sebagai anty yang sungguh comel (kah33x..)..laptop yang lama ni nak bagi my niece.Semoga dorang lebih rajin bila aku nak suruh dorg buat kerja2 aku haha...

okla...sayangi diri anda setiap hari...counting for NEW YEAR 2012 :)