Saturday, December 31, 2011

New Year Eve...

31 Disember...last day of year 2011.

Sambut NEW YEAR di mana? tanya seorang teman.Aku balik kampunglah; jawabku. Alahhhhhhh tak bestla celebrate d kg, jum lah join kami. Ermm...nda apa la. Enjoy, happy new year...balasku.

Mungkin dulu, aku akan join, enjoy2 begini...tapi sekarang aku lebih suka duduk dengan family, menghabiskan masa bersama-sama dengan dorang. Maklumlah dulu masa muda (aikk sekarang aku dah tua ke?...hehe), selalu sangat nak melenting kalu mak suruh balik rumah, mesti ada jak alasanku. Betullah kata orang kalau kita kehilangan orang yang kita sayang, baru kita terkenang kembali apa yang kita buat. Tahun baru ini tiada lagi mak di sisi...perasaan ini sungguh k.o.s.o.n.g...

Azam 2011 dah tercapai ke?
Apa azam tahun 2011 aku ek? Aku pun dah lupa..tapi salah satunya nak turunkan berat badan kot.Ermm rasanya gagal lah nak turunkan berat badan hahaha...takpe akan aku teruskan untuk tahun 2012.

Dah jumpa teman istimewa?
Ya...tapi bulan 10 hari tu aku tarik diri kerana ada hal-hal yang kalau di teruskan ianya tidak memihak kepada aku.Entahlah ada orang suka, aku pula macam berat hati nak terima. Memilih ke? Takla, hanya hati yang kata tidak.Takpe la tahun ni teruskan misi mencari cinta :). Ya Allah...berikan aku kekasih yang baik hati :)

Financial ok tak?
Alhamdulillah...syukur,terima kasih ya Allah atas kurniaan rezekimu. Rasanya tahun ni, aku tidak mengalami masalah kewangan.Harap tahun-tahun yang mendatang pun akan begitu. Ya Allah murahkanlah rezeki ku..amin.

Pekerjaan?
My job? I really love my job. Bekerja sebagai pendidik adalah pekerjaan yang paling mulia. Sampai bila pun aku akan memilih pekerjaan ini. Chayok2 jut..u can do it!!!

nanti sambung lagi ya...nak makan dulu...

Tuesday, December 27, 2011

Gunung Kinabalu

13 January 2012

InsyaAllah...aku akan menawan puncak gunung kinabalu itu :).

Tinggal beberapa hari lagi...persediaan mental rasanya dah lama ready. Sekarang ni persediaan fizikal tu yang kena di upgrade. Akan start jogging, naik turun tangga, and kalau hujan akan buat yoga di rumah. Uhhh...berdebar2 juga coz stamina tu belum mantap.

Dulu, time sekolah menengah, ada juga lah 3 kali ikut rombongan naik gunung. Yelah, dah masuk kelab kembara, mestilah antara aktivitinya naik gunungkan?. Antara gunung yang pernah aku daki ialah Gunung Nuang (Selangor kot..), Gunung Datuk (Negeri sembilan) dan Gunung bunga buah di genting highland. Hahhh..jangan ingat aku yang cute ni tak suka adventure hahaha...Ok itu time muda-muda, tak payah pun jogging ke yoga ke..tetap sampai jg ke puncaknya. Tapi masalahnya sekarang ni...dahlah berat dah bertambah...macamanalah nanti ya hehe..

Tapi,takpe mesti kuatkan semangat...salah satu azam untuk tahun 2012 ialah menawan puncak gunung kinabalu.You can do it jut!!! Chayok! Hwaiting!...

coz i love myself everday...

Monday, December 26, 2011

Pindah Opis

'jut..nanti kau akan pindah bilik,mayb dalam minggu depan.'; kata si Puan Kelawar itu.

Emmmmm....aku tak suka!

Dalam minggu ni aku kena pindah opis. Coz quality department nak guna bilik aku tu (Geram sungguhlah!!!...)Tadi aku tanya bos aku..dia pun belum dapat arahan mana nak tempatkan aku. (Maknanya dia tak tahu lagi la tu...hampeh btul). Tak bestla lepas ni, mesti di tempatkan di open space.Tak boleh suda nak tido, tiada privacy langsunglah.

'setahu aku tiada arahan dr admin, so ko jangan pindah dulu'; kata bosku.

Aku pun pening arahan siapalah aku nak ikut ni,tapi last2 nanti memang aku kena pindah juga tu.Esok aku nak mula kemas barang2 aku. Apa boleh buatlah, sapa la aku huk..huk.. Kalau aku tiada opis lagi aku suka. Boleh datang sesuka hati. Time ada class baru aku g opis..Boleh tak camtu?

Terus tiada mood nak g opis...minggu ni pun sure student ramai yang ambik cuti sendiri. Kalau lah kolej bagi cuti lagi dalam minggu ni kan bagus. Tak bestlah ajar kalau yang datang separuh ja. Nak ambil cuti pun bos tak bagi huhu..apalah nasibku di penghujung tahun 2011 ni.Tapi.....

Terima kasih KYS...bonus separuh gaji :)

KYS..saranghae

Wednesday, December 21, 2011

W-day



16 Disember 2011...kawan opis merangkap geng karas kawin di Kudat. So, kerana malas nak drive aku tumpang kawan. Ramai jg yang pergi ada 5 kereta. Amat adventure coz tahu2 jela perjalanan ke Kudat tu jalannya agak mencabar kesabaran sikit. Yang paling teruk area Ulu Kukut ( masih lagi dalam daerah Kota Belud..kah33x). Entahlah setahu aku area tu memang jalannya tak pernah lah nak elok. Sepanjang perjalanan mengalami hujan tidak sekata...maknanya hujan...panas...hujan...panas...maklumlah sekarang ni pun tengah musim hujan jugakan...

First time tgok perkahwinan rungus...sampai2 je terus disajikan dengan tarian bangsa rungus. OK jugala...Congrats Lydia & husband :)

Tuesday, December 20, 2011

New Semester :)

Minggu lepas, sebelum balik KK, aku sempat singgah di rumah mama (Makcik yang aku tumpang sebut mama...)."Mama, terima dulu duit ni aku nak sedekahkan untuk arwah ibuku."...aku mau belanja kawan2 ibuku yang sememangnya selalu bertandang ke kedai kopi mama untuk bersarapan pagi di sana. Entah mngapa, sebak rasanya bila dia memeluk aku. Airmataku terus saja jatuh berjurai...:(. Aku pun memohon untuk beredar kerana aku tidak tahan nak lama-lama di situ.

Kelmarin...19hb bermulanya semester baru untuk sesi 2011/2012. Ermmm dan jadual pun boleh tahan padatnya. Its ok..chayok2 kerana kami akan dapat bonus XD. Thanks KYS :).

Thursday, December 15, 2011

Bangunla jut!!!

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku...

Kekadang bila dugaan datang melanda, kita sering kali berkata kenapa la asyik aku jak yang terkena macam ni. Tetapi akan selalu ingat 'Allah tidak akan menguji seseorang itu di luar kemampuannya. Minggu lepas minggu penuh dugaan, sehinggakan aku tidak mahu bangun dari tidurku..

'Semakin cepat ko menerima kenyataan, semakin cepat kau mencapai kebahagiaan'... nasihat dr seorang teman. Walaupun pada mulanya aku hanya mngendahkan kata-katanya, tapi entah mengapa ayat itu seringkali bermain di mindaku.

Bila dugaan datang melanda,pasti ada sinar di penghujungnya...

Syukur...Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah

Saturday, December 10, 2011

Pesorong kam

Pesorong kam adalah bahasa bajau yang bermaksud selamat datang atau welcome.

Blog saya ini adalah berbentuk peribadi, dalam erti kata lain saya akan tulis apa saja yang saya inginkan. Tolonglah...jangan invite saya dengan benda-benda seperti nak buat bisnes ke..nak beli barangan ke..nak belajar itu ini ke...dan jangan memaksa saya untuk FOLLOW blog korang :).

Kekadang untuk meluahkan perasaan marah, gembira, sedih...(kerana kita tidak mahu share dengan kawan2..maybe malu or kwn2 pun bz..)..kita akan menulis tentang itu. Jadi sy akan luahkan di sini sajalah XD.

Malam ni 10hb Dis 2011 Sabtu...saya ada terbaca akan terjadinya satu fenomena gerhana bulan penuh bermula pada jam 22.33. Jum kita tunggu bersama-sama salah satu kejadian alam yang menunjukkan kebesaran Allah ini.

Sayangi diri anda...kalau ada family baliklah,luangkan masa bersama mereka selagi nyawa di kandung badan....

Monday, December 5, 2011

Damdeok :)

http://www.dramacrazy.net/korean-drama/king-gwanggaeto-the-great/

Hahahaha sekarang tengah gila tgok drama korea ni...Sebab aku memang suka tengok cerita yang macam ni. Kekadang gelak sendiri2..kekadang 'termenangis' pun ada hehe.

Ada 2 minggu lagi nak semester baru...Bersediakah anda? Aku ok je..coz ajar subjek yang lama,so nota2 pun yg sama tinggal nak update beberapa topik je. Last meeting hari tu,beban kerja akan bertambah this coming semester, semua memerlukan internet.Key-in data student, markah ujian..kuiz..dan segalanya la.Its ok...semua tu kita kena terima dengan positif supaya takla stress sangatkan.Betul tak?

oh ya...aku ada beli lappy baru...Asus purple...so senang aku nak bawa ke sana kemari.So cute la..i like hehe.And sebagai anty yang sungguh comel (kah33x..)..laptop yang lama ni nak bagi my niece.Semoga dorang lebih rajin bila aku nak suruh dorg buat kerja2 aku haha...

okla...sayangi diri anda setiap hari...counting for NEW YEAR 2012 :)

Friday, November 11, 2011

11Nov2011

Ermmm...hari ni ramai yg memperkatakan tentang tarikh 11.11.11.Tadi di radio Hotfm pun begitu jg. So, aku pun nak coretkan sesuatula supaya next year aku boleh baca balik apa yg aku tulis di sini pada hari ini. Kemarin aku ckp dgn kwn aku jum buat sesuatu yg kita boleh kenang pada tarikh 11.11.11 ni hehe..Hahahahhaa...

Bestnya kalau kawin pada tarikh ni kan..sudah la hari jumaat,mmg ngam la untuk bernikah.And for sure, ramai la yg ambil tarikh ni utk melangsungkan perkahwinan. cONGRATZla untuk sapa2 yg bertuah itu :).

Life goes on as usual...kemarin last jaga exam.Ohhhh bertuahnya badan, masa untuk merehatkan minda,masa untuk santai2.My plan time cuti ni, nak membersihkan rumah bonda.Kesian aku tengok rumah tu,rumput pun dah panjang sampai pinggang.Tapi takpe, masa aidiladha hari tu,aku dah kerahkan anak2 buah aku untuk bertugas.Harap2 rumput2 yg aku dah bubuh racun tu suda menunjukkan hasilnya coz skrg ni musim hujan.Pisang2 pun banyak buahnya.Aku bukannya takutkan ada org nak ambil buah2an kat sana. Tapi kalau dorg nak ambil pun biarlah ambil dgn baik,jangan sampai merosakkan harta benda di sana tu.Yup...memang pagar rumah tu aku biarkan tak berkunci, kerana aku dah pesan kat kawan2 arwah mamaku supaya kalau nak ambil daun2 sirih di sana ambil sajala. Aku dah anggap itu sedekah untuk arwah mamaku. Tapi ada segelintir manusia yg amat busuk hati tentang tanah mamaku itu.Cukupla wahai manusia yg durjana...moga Allah mengampuni dosa2 kamu yg berniat tidak baik itu.

Aku akan cuba balik setiap minggu untuk menjenguk rumah itu. Melihat bunga2 kegemaran arwah mamaku membuatkan hati terasa tenang sekali. Ya...ada bunga ros pelbagai warna, bunga raya dan pelbagai bungala. Dan aidiladha hari tu, aku ada tanam beberapa bunga di pusaranya. Moga2 dia gembira di sana.
Ya Allah...tempatkanlah ibuku di kalangan ahli2 syurgamu.Amin...

Tuesday, November 1, 2011

TQ EliZa :)


28-30 Oktober 2011...
Seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaaa...percutian yg sungguh bestla.

Eliza - Thanks coz bagi aku tumpang umah ko and jadi my tourist guide.Ermm first time tu g d Curve and Ikea.Selalunya aku g Kl mesti area bukit bintang, masjid india or midvalley jak.Memang cita2ku tercapai juga la p d'curve :)

Molek & Hanem - thanks jg coz suda dtg borak2 lepak2 walaupun main bowling tak dpt.Hahahah seram aku main bowling ni,tak reti sebenarnya ekeke..nasib baik full,kalau tak macamanala aku nak beraksi, mesti lucu..ohhh tidakkkkkk hehe

Harap2 kita boleh jumpa lagi.Korg...dtgla KK..aku tunggu :)

Wednesday, October 12, 2011

Patah seribu

Okay...lepas maghrib td,boleh2 aku terlelap dengan masih memakai telekung.Bangun-bangun je dah 8.30pm.Ermmm tanpa dinafikan,otak aku agak penat hari ni,coz 4 bundle ujian pelajar2 nak kena disemak.Hahhhh tula pasal,sapa suruh rajin sangat nak buat ujian 3.Tapi takpela buat pelajar2 yang disayangi,terpaksa la berkorban sikit.Harap2 dorg menghargai apa yang aku buat ni.
Minggu study tinggal next week aja,pastu Study week and November start final exam..2 minggu then cuti semester.Yeahhhhhhhhhhhh....time tu akan free tergolek sana sini la aku d opis tu wakakakaka...

Bangun dengan perut yg lapar..ermmm kan best kalau ada org tolong masak makanan utk aku.Ini kes malas la ni, last2..nasib baik ada magi sebagai penyelamat. My dinner: Maggi tomyam + kopi tenom + biskut susu tiger...Layannnn :)

Tuesday, October 11, 2011

Welcome back jut!

Huh!! Agak lama tak menulis di blog ku yg comel ini.Mungkin sibuk banget sih.Ya...sibuk untuk menghabiskan silibus (dah habis pun tinggal nak revision aja and doing some backup test..),sibuk dengan melayan karenah student,sibuk memikirkan kenapalah orang dengki dengan aku nih (ada jg saudara yg tak sedar diri..asik nak cari salah org saja,salah dorg dia tak heboh pula..kalau la aku jahat aku nak juga heboh hal dorg tu..tp biar Allah saja membuka hati mereka supaya berhenti busy body ),sibuk melayan diri yang tiada motivasi (tapi berusaha jg untuk meneruskan hidup...ya hidup mesti diteruskan!).

Alhamdulillah...kenduri arwah ibu ke-100 hari (30 sept 2011) yang lalu juga selamat diadakan di rumah my uncle.Thanks kepada saudara-mara yg datang membantu.Sekarang ni hanya nak fikirkan macamana nak teruskan hidup ini tanpa ibu. Kekadang bila teringat, akan menangis tak henti2 tiada penghujungnya sampailah aku tertidur. Cuba tunjukkan sikap gembira tp siapa la yg tahu akan kesedihan yang kita lalui.Hanya berdoa kepada Allah moga diberikan hati setabah mungkin...

ermmmmmmmmm...mayb inilah masanya aku kena timbangkan untuk sambung belajar...:)
.Amacam? Bernas tak idea tu...kwn2 berila pendapat :)

Friday, September 16, 2011

16 Sept

Happy Birthday to me...:)

Bersyukur kepada Allah atas nikmat dan rahmat yang diberikan sehingga saat ini.

Terima kasih kepada arwah ibu kerana melahirkan aku.Terima kasih ibu...:(
Teringat lagi, semasa ulang tahun ku tahun lepas, aku balik dgn bawa kek nak sambut bersama ibu, rupa2nya ibu ada menjemput beberapa saudara dtg ke rumah. Maklumla tahun lepas,bdayku jatuh pada bulan syawal. Agak sedih juga bila teringat saat itu...

Setiap tahun menyambut bday, 1 malaysia akan menyambutnya, maklumlah HARI MALAYSIA.. public holiday yoooooooo hehhe..

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri...

Esok...1 Syawal...

Dalam gembira menyambut aidilfitri, perasaan sayu menyelubungi diri.Syawal ini beraya tanpa ibu. Terasa sangat tiadanya ibu di sisi. Dulu bila syawal menjelma, ibu yang sibuk menyiap kan semuanya. Kini, tiada lagi..tadi semasa mengisi ketupat, tiba-tiba airmataku mengalir,sedih sekali...

Ibu...aku meminta ampun dan maaf, sekiranya nya pernah menguris perasaan ibu, halalkan lak makan dan minumku selama ini.

Ya Allah, sempena syawal yang mulia ini,ampunilah dosa-dosa ibu,tempatkanlah dia dikalangan orang2 yang beriman.

Selamat Hari RAYA Maaf Zahir dan Batin..

Tuesday, August 16, 2011

miss u mom...

Bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang
dan pergi meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya waktu terhenti tak kau sadari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali mengulang ke masa lalu
Dunia dipenuhi dengan hiasan semua
dan segala yang ada akan kembali kepadaNya
Bila waktu telah memanggil,
teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti,
teman sejati tinggallah sepi
~bila masa tlah berlalu-Opick~

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

InsyaAllah esok kita akan menyambut kedatangan bulan ramadhan.Alhamdulillah... terima kasih ya Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk menyambut ramadhan kali ini.

1 Ogos 2011...1st day Ramadhan juga bersamaan dengan 40 hari permergian ibu yang tersayang. Tahun ini berpuasa tanpa ibu,tiada lagi masakan ibu ketika sahur,tiada lagi masakan ibu ketika berbuka puasa dan...menyambut hari raya juga tanpa ibu. Sedihnyaaa...

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ibu dan tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...

Tuesday, July 12, 2011

Hari ke-20 Ibu 'Pergi'

Hari ni genap 20 hari Ibu 'pergi'.

Malam tadi Ibu datang dalam mimpi. Dalam mimpi tu aku tengah tidur dengan adikku.
Ibu datang dan seakan ikut baring di antara kami berdua.Lepas tu dia peluk adik aku dan peluk aku jua. Masih terbayang wajahnya dengan senyuman itu. Dan aku tersedar dalam tangisan.Ku tengok jam menghampiri 3.45am...aku duduk menyambung tangisan yang tidak mau berhenti. I miss u Eyang...Al-Fatihah, moga Ibu di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Hari ni kenduri arwah ke-20, dan aku dah bagitau boss yang aku mau balik awal petang ni.Dan tanpa mendengar penjelasanku dia pun berkata.'OK..baliklah,kendurikan?Drive hati2 ok...'

TQ boss kerna memahami :(

Friday, July 1, 2011

Pergi Tak kembali...


Kehilangan....


22 Jun 2011..Hari Rabu..Ibu ku telah pergi selama-lamanya meninggalkan kami.Disemadikan ke-esokan harinya 23 Jun 2011 (Khamis) di perkuburan Diah Tudu.Hari ini masuk hari ke-9 sejak ibu tiada.

Ya Allah...ampunilah dosa-dosa ibuku...tempatkanlah dia bersama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah...

Monday, June 20, 2011

...

Tuhan kirimkan lah aku...kekasih yang baik hati

Sunday, June 5, 2011

Lirik Terhenti Di Sini – Asfan

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

share fr..
http://lirik-lagu.info/asfan/lirik-terhenti-di-sini-asfan/

Tuesday, May 10, 2011

Mr Seth Tan ;)

Hhahahhahaha...tertengok satu drama ni kemarin petang.Tajuknya Nora Elena.Dari start drama tu mula,aku tak tumpukan perhatian sangat pun,tp time c Aaron Aziz muncul baru la duduk diam2 tengok drama tu.Kalau Aaron Aziz berlakon aku suka,best apa. Tapi yang tak tahan tu nama dia dalam cerita ni ialah Seth Tan...Apa???????? Setan??? Sebut betul2..Seth Tan...Lucukan...:)

OKla..Layannnnnnn :)

Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day...

Selamat hari Ibu...
Meraikan hari ibu d wad...kesian ibuku.Moga cepat sembuh...

Thursday, May 5, 2011

R.I.P my dear student

Hari selasa yang lalu....

Aku: JC btul ka c henlia koma?
JC: Ya..kami mau p lawat ni,jum la ikut
Aku: ba....

Bila tak tengok sendiri aku pun tak percaya berita itu.Sebabnya baru minggu yang lepas aku bergurau2 dengannya. Dengan perjalanan yang agak mencabar itu.First time aku g keningau ikut laluan bukit yg 90 darjah kecuramanya itu.Nasib baik ada driver berpengalaman pakcik tawap.
Kami sampai d hospital keningau kira 1pm,...bila nampak saja sekujur tubuh yang tak bermaya itu,tanpa dapat di tahan airmataku pun berjurai2.OMG...begitu besar kuasa tuhan,hanya mampu dpat berdoa moga dia kuatkan semangatnya.
Doktor cakap dia dah tiada harapan,bernafas hanya bergantung kepada machine itu,maknya kalau d cabut,maka nyawanya pun smpai d sana saja....

Hari ini...7.17pm
Chen: Miss...henlia dah passed away....
Aku:..............Huk33x...

R.I.P Henlia.....:(

Monday, May 2, 2011

2nd May

Cutiiiiiiiiiiiiiiiiii.....

Bestnya cuti hari isnin ni kan...Kerja paling stress rasanya hari isnin la,but today masih cuti bcoz kemarin cuti hari pekerja jatuh pada hari ahad.Ohhhhh indahnya dunia, hujan sejak pagi..membuatkan mata ini terpejam lena :).

25hb ni final exams start suda...ermmmm syoknya!! My silibus semuanya dah siap.On time ok..tak cepat tak lambat,tinggal nak touch up untuk buat extra test for those yg carry mark agak K.o tu aja. This week releks je kerja aku...test 3 memanjang.

Saturday, April 30, 2011

Let u go...

Hahaha...firstly congratz to Prince William & Kate :).Cantik c kate cam pelakon, tp napa c william tu awal bebenor lak botak ekekeke.Sempat jugala tgok d royal wedding semalam tu.Punya ramai org,kalau la aku d sana,sure aku pun di antara orang yang berbaris2 d tepi jalan2 tu.Bila la nak sampai UK ni huhu...

2nd...lepas lawatan MQA 25 & 26hb tu,rasanya hari2 ku kembali normal,Meaning..4.30ptg je dah balik.Kalau tak kul 6pm baru la balik. Ok jua la komen dari MQA, tapi yg tak tahan tu,bila MQA masuk class aku.Huhhh...bergegar lutut macik ni ar hehe. THanks to my students la coz sporting bangat.Tak pasal2 semua bersemangat memberi jawapan.Yang bestnya lagi,bila student kena interview oleh MQA,'siapa lecturer yang best mengajar'...rata2 sebut namaku.OHHHHH saranghae semuanya..Miss doakan korg semua akan berjaya sampai bila2...

ermmm nak balik kg ke tak ni? Memikirkan air paip tiada d umah tu,cam malas pula..lebih2 lagi tengah tutttt ni hehe.Payahlah cam ni huhuhu

3rd...
Membuat keputusan yang amat menyedihkan.Akan cuba melupakan apa yang telah berlaku antara kita. Doakan yang terbaik untukmu.Ku harus lepaskanmu walau aku tak mahu....huk33x...

T.I.T.I.K.....the end......

Sunday, April 24, 2011

MQA

ermmmm esok MQA nak datang kolej...moga semuanya berjalan lancar.Amin...

Wednesday, April 6, 2011

Friday, April 1, 2011

1 April...

Hari malas sedunia...
Malasnya aku hari ni..entah kenapa la smpai malas begini.Masuk class td pun asik nak contol rasa marahnya.Macamana tak tumbuh tanduk kalau arahan yang ringkas pun dorang tak peduli.Pelbagai alasan...baru dorg nampak mcmana rupa miss dorg kalau marah. HEKHEKHEK...malu den oii bila ingat semula hahaha...

Tuesday, March 22, 2011

Semester break

yehaaaaaaaa....cuti 21-25 mac 2011

Wednesday, March 9, 2011

La Tahzan...

Hari ahad lepas aku ada beli sebuah buku tajuknya 'Jangan bersedih'...
Sebenarnya hari tu aku teringin sangat nak makan Tat telur kat 1B tu..alaaa yg depan Digi centre tu,lebih sedap drpd tat telur d multibake tu.Sedap sangatttt hehehe..
Lepas parking,dalam hati 'nak g mana ek?'..Entah kenapa tiba2 sudah di depan kedai buku Harris..wahhh magic ka apa ni...
kejap lg sambung,nak masuk class dulu :)
Ok lets continue...

Aku pun masuk lah dan terus jak menuju ke rak buku2 agama.Mayb dah terbiasa ikut my cousin yang selalu singgah di rak itu.Aku pun terus mengambil buku yang berwarna kuning,mayb sebab aku memang suka warna kuning selain warna putih :).eRMMMM...tgok tajuk buku tu 'Jangan bersedih'..ku belek2,sempat membaca lagi sikit2.Indahnya bahasanya...dan terus saja aku membawanya ke kaunter pembayaran.Hingga ke saat ini aku rasa buku ni amat bagus sangat...btullah di saat hati terasa sangat sedih,kalau baca buku ni..kesedihan itu terubat dengan sendirinya.Terima kasih Allah kerana menunjukkan aku buku yang indah ini.

Semua orang ada masalah masing2..adakalanya kita boleh luahkan dengan keluarga atau kawan rapat kita.Tapi ada kalanya,kita hanya boleh pendam sahaja,hanya kita yang harus selesaikan sendiri.Dan di saat ini lah kita perlu memotivasikan diri kita,kena lebih tabah dan sabar dalam mencari sendiri penyelesaian terhadap masalah tersebut. Bila kita redha dengan ketentuan Ilahi setelah mencari penyelesaian dengan bersungguh2 dan bertawakal,sudah tentu kita akan mencapai ketenangan itu.

Astagfirullah....

Friday, March 4, 2011

Sedetik Lebih...

Tajuk Lirik Lagu: Sedetik Lebih (OST Merong Mahawangsa)
Artis / Penyanyi: Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

(*)
Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

(**)
Kasihku, ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih
Selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan
Dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua
Yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

(Ulang *)
(Ulang **) (Ulang 3x)

http://liriklagu.net/melayu/artist/anuar-zain/ <----copy dr cni..TQ for sharing :)

Thursday, March 3, 2011

Saranghae...

Oppa saranghae...

~Biarkan sahaja mereka berbicara tentangmu di belakangmu.Ya..ini kerana,pastinya hidupmu lebih menarik daripada hidup mereka.~

Thursday, February 24, 2011

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul

Dalam hidup ini,jangan mengeluh masalah yang datang padamu.Sebesar manapun penderitaanmu,masih banyak hal yang patut disyukuri..Salam Maulidur Rasul :)

Saturday, February 12, 2011

Sakit :(

whoaaaa.... 1 minggu yang menyakitkan kepala.Tengok je jadual aku this sem,terus kepala berdenyut2.Isnin dan rabu mengajar non-stop 8-3pm!!!.Ada jua la break 1 hour 12-1pm.Tapi agak berat laaaaaaa.Nak bagitau org tu,tp mcm dia tak mau dengar sebarang alasan.Coz agar ramai juga lecturer yang nak jelaskan kat dia tentang percanggahan waktu mengajar,dan sebagainya.Tapi makcik tu tak mau dengar. Sungguh menyakitkan hati.At last,biar jela,aku masuk class seperti yang dijadualkan.Takpe i can handle it.bIAR JELA..diakan nak tunjukkan dia ada POWER...

Selasa aku free :),khamis dan jumaat pun ok la ada 1 & 2 slot je.Takpe la biarla aku jadi singa hari isnin dan rabu wakakakaka....

Sejak hari tu,memang aku tak bertegur_sapa dengan makcik tu.Aikk dia yang mulakan dulu kan.Tapi kemarin,tetiba dia masuk bilik,and cakap my schedule tu nanti dia ubah jua.Aku pun mengiyakan aja la.Pastu terus pula dia bercakap dengan meriahnya,macam dulu2,mengeluh ini itulah.Aikk dalam hati aku, napa lak c minah ni nak membebel kat sini,dah la aku sakit kepala.Terus pula dia bertanyakan kabarku...'jut kalau ko tak sihat,balikla..mungkin penyakit ko hari tu belum sembuh kot' dan itula dia katakan padaku....

Dan aku pun tertanya2...berkemungkinan sakitku itu kembali lagi ...Astagfirullahalazim...

Thursday, February 3, 2011

CNY

Gong Xi Fatt CHai.....:)

Tuesday, February 1, 2011

1 Feb 2011

yeahhh...Februari mari..

Hari khamis dan jumaat cuti tahun baru cina.Ermmm Gong XI fa cai untuk kawan2ku yang meraikannya..Actually my x-bf dulu org cina.Tiap kali g umah mummynya mesti dpt angpow. Tapi sekarang tidak lagi huahuahuhua....takpe,semua tu kenangan lalu. Biar ia menjadi kenang-kenangan ewahhhh..

Boringnya d opis sekarang ni,ramai dah bercuti,so opis pun macam sunyi jek,yang kedengaran hanya la bunyi mesin photostat.Aku malas nak ambik cuti,azam skarang ni jangan persia2kan cuti tahunan anda.Manalah tau kan tetiba dapat keja baru,boleh juga cuti tu coverkan untuk kita.Tak payah nak bayar,kot2 la kena resign awal :).
Lagipun my cuti boleh bring foward untuk 2 tahun.

Next week semester baru akan bermula.Tak tau kena ajar berapa subjek.Harap2 3 subjek jer la.Tadi ada 2 org new lecturer diperkenalkan...haaaa,lecturer accounting lagi tu.Yeahhhhh...sah la tu aku kena mengajar 3 subjek jer tapi jadual belum dapat lagi dong.

Monday, January 31, 2011

31 January 2011

~Masa yang berlalu tak akan kembali~

Tuesday, January 25, 2011

:)

Tidak ada yg sempurna, begitu juga sahabat. Mereka pasti melakukan kesalahan, tapi kita selalu temukan sebuah alasan untuk maafkan mereka..."

Friday, January 21, 2011

Sad :(

Hari ni agak menyedihkan...
Semalam mimpi yang agak aneh,terbangun pada pukul 4.30 pagi dan time tu aku masi terdengar suaraku menjerit,sebab aku ketakutan dan kesakitan.Aku tak dapat melelapkan mata selepas itu.

Aku bertolak ke opis agak awal,bayangkan 6.30 pagi aku dah tiba. 8 pagi baru la geng2ku tiba dan apa lagi bekpes la bersama2.Lepas sarapan,Candy minta tolong temankan dia ke bank.So aku,has,Lydia pun temankan lah coz tiada benda pun nak di buat. Lepas tu sempat ke Restoran Tomyam Ngau Chap kerana memang fav food tu.Tapi aku tak makan lah coz masi kenyang,hanya minum air bunga,2 tin lagi tu..sabar jak lah.
Ok..Part sedihnya,setiba di opis,biasalah aku ni riang-ria lah menyampaikan (saja kasi besar suara)..'Ehhh dah gaji lah'.Sekali Doreen bagi isyarat psttttt ( letak jari telunjuknya d mulut,isyarat jangan kasi besar suaralah tu).Aku pun tanya la. Why???

DAN...sedihnya aku mendengar ceritanya.aT FIRST memang aku marah,tapi lama2 aku amat sedih sekali. Bayangkan la kawan sendiri ba (sejak 8 tahun lalu..sebenarnya 10 tahun,tp dia g study 2 tahun,tapi tak habis pun coz dia gagal!) begitu teruk aku dikutuknya.Kenapa ya dia tak fikir yang Doreen akan bagitau aku.Ataupun memang dia sengaja kutuk2 aku begitu?Jadi selama ini dia memang memendam rasa marah,cemburu yang meluap2 padaku?

Pandai sungguh dia berlakon!Ahhh memang dia pelakon handalan ba.Siapa yang tidak kenal dia tu.Kenapa juga aku bodoh sekali,kan dia tu memang pilih bulu kalau nak berkawan.Nak berkawan dengan orang yang ada pangkat jek. Mayb dia meluat2 lagi marahnya padaku bila ada desas-desus jawatannya sekarang nak diberikan padaku. Eh makcik!! Sapala nak sangat jawatan tu? Tak ingin aku!!!Gajiku pun dah cukup tinggi dari ko lah. (INi jugala salah satu sebab dia amat marah pada aku).

Dan bila marahku redah tadi,aku sebenarnya amat sedih sekali.Dia dah kehilangan kawan baik seperti aku (opsss macam puji diri sendiri lak hehe...).Bila dia ceritakan masalah2 dia dulu,aku sedia mendengar.Bila dia kena kutuk,aku tak sampaikan pun kat dia(takut dia sedih),bila dia kena tipu,aku tak cerita pun kat orang lain..TAPI,apa yang aku dapat???Dia kutuk2 aku pula.Ingin jak aku senaraikan apa yang dia bagitau Doreen.Tapi takpe la biarlah,puncanya memang dia CEMBURU terhadapku.

~Mode: Sedih!!!Rupa2nya selama ni dia berpura2 pula jadi kwnku...~aKU post status ini dI FACEBOOK ku.Kawan2 yang lain serta-merta reply,thanks korg atas sokongan.Sekarang ni aku dah OK dah.Biarla bah dia jg yang rugi sebab tak menghargai aku sebagai kawannya.

Dan...adakah inilah makna mimpi buruk ku itu???...

Tuesday, January 18, 2011

Beautiful day

Magandang araw :)

Saturday, January 15, 2011

Eliza..Happy Birthday :)

Happy Birthday to u my friend...moga sihat selalu,murah rezeki dan dapat jodoh yang baik hati :).
~Saranghae~

Friday, January 14, 2011

Friday :)

Bila datang hari ini, semua org suka coz esok and ahad tak keja :).Bagi yang kerja sabtu and ahad tu,selamat berkerja la ya,coz mayb time kami bekerja,korg pula yang cuti kan :). Dulu time mula2 kerja,mmg sabtu pun kami kena datang opis,ada class lagi pula tu.
This weekend,rasa malas nak balik kampung.Malasnya nak drive,kan bagus kalau ada driver hehe.Tapi kena balik juga,my mom masuk wad,dah 3 hari dah.Harap2 hari ni beliau tu boleh keluar.Semalam my sis msg,my mom tak nak makan makanan hospital katanya.Nak juga makan makanan luar.Tadi pagi my mom nak makan rojak konon.Macamana la nak cepat keluar wad kalau begitu.Susah juga la kalau begini...

Sunday, January 9, 2011

No Plastic Bag

Ok sekarang baru aku tahu,no plastic bag on monday,saturday and sunday.

Sebelum ni memang tahu dah hari isnin tiada beg.Kemarin (sabtu) pergi Giant,cashier tu ckp 'dik nak plastic tak?'Aikkk..sabtu pun dah start no plastic bag? Then,tadi aku g Survey,skali lagi ayat yang sama diulang. Huhu..dah la agak banyak juga barang yang aku beli td.Tapi, nasib baik la today aku ada pak supir. Sapa suruh dari malam tadi cakap nak belanja,aku...kalau dah malam2 ni agak malas nak berjalan,so akupun janji la ngan dia esok jela (hari ni la tu).Pagi tadi,awal2 lagi, aku belum bangun dia dah call..dalam hati aku menyampahnya huhu...
Entahlah...aku tak suka dia la.Inilah kan masalahnya,ada orang suka kat kita,kita pula tak suka,and bila kita suka kat orang tu,orang tu pula tak suka.

Adehhh....apa pula kaitannya dengan plastic bag? Tapi yang pastinya aku suka lagu Stacy~Cinta Pakai Buang :)

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah (2x) Hello...kenapa kau tak jawab telefon dah berlepuh jari menekan nombor sama lepas berkali kali ku cuba Ku sangka kau betul...betul jatuh cinta bodoh sungguh untuk terus percaya habis madu sepah dibuang sahaja Ref: Cinta ku bukannya jenis pakai buang biar lah lebih dari sehari apakah kau sangka ku cinta segera sakitnya hati dipermain Cinta ku bukannya jenis pakai buang tidak mungkin hanya sementara apakah kau sangka ku cinta segera bayangkan la apa ku rasa Kenapa bah kau berubah...kenapa bah (2x) Baru saja kenal kau muncul semula mengatakan kau sudah berubah pujuk rayu sampaikan runtuh ke lutut hampir hampir ku mengalah untuk memberi kita peluang kedua tapi kini ku lebih arif untuk percaya janji lelaki..yeaahyeaahh Ref: Kenapa bah kau berubah...kenapa bah.. (4x) Jangan..jangan...jangan permainkan

Layannnnnnnnnnn hehe,,,

Thursday, January 6, 2011

Cuti...

Hari ni aku cuti ganti (31.12.2010),kebetulan my car nak ganti absorber & drivershaft (kopak lagi..).Baru jek tukar tayar,time allignment tu,bnyk pula benda yg nak di ganti.Aku, kalau dah orang cakap tukar itu ini,mula lah aku tak tidur malam,nightmare je memanjang huhu.So,dari hati tak keruan,takpela demi keselamatan, berkorban la ye.
My car dah masuk workshop,so apa nak buat ni? Sambung tido? memasak? membasuh baju? tgok TV? Internet?...shopping????? (Manada kereta daaaaa hehe...)
Bah,ok la nak sambung buat nota versi power point :),bergaya lah aku mengajar this semester hehehe..;)

Tuesday, January 4, 2011

Macam kau saja betul!

Kenapa berjanji kalau tidak pasti janji itu boleh ditunaikan atau tidak. Amat menyampah dengan orang yang tidak pandai berkata Ya atau Tidak!. Kenapa? Semata2 nak jaga hati ke?Kerana menjaga hati tu lah orang pun mula menyampah bila tidak mendapat jawapan yang pasti.Penantian itu sudah semestinya satu penyeksaan...

Ya..aku bercakap mengenai diriku. Menanti entah sampai bila...

Sekarang,aku dah menyampah...aku tak mahu mengambil peduli tentang hal itu.
------------------T.I.T.I.K---------------

Hahaha..baru balik dr tukar tayar kereta.Adehhhh kopak lagi, tadi tukar 2 biji tayar. And mekanik tu cakap ada lagi benda nak tukar (tak ingat),tp bajet2 ngan dia td memang dalam anggaran RM660 juga termasuk upah. Ermmm ok la tu...nanti senang2 aku g tukar lah (padahal nak bajet2 dulu ni hahaha). Fikir2 bajet tadi,aku terlepas nak singgah beli McD.Hampehnya ko jut huhu,tak pasal2 my lunch ganti dengan pisang goreng + keledek goreng.Bukan main banyak,terus aku lepak bilik candy sambil2 bergosip hahaha....

Ohh ya,aku nak ambil cuti..nak ganti cuti 31hb tu.Kebetulan aku dah ambil cuti time tu,tup2 public holiday Malaysia menangkan.So..cuti tu mesti kena ganti maaaaaaaa hehe

Monday, January 3, 2011

Day 1

Hari pertama kerja di tahun 2011. :)
Mulakan hari ini dengan solat subuh (moga hari ini dan hari-hari seterusnya akan diberkati oleh Allah). Pukul 6.30 pagi aku dah bergerak menuju ke opis.Trafik lancar,walaupun hari pertama persekolahan. Sampai di opis pukul 7pagi.Ermmmm ada 30 minit awal dari masa aku thumb-in. Seperti biasa akan bekerja dari pukul 7.30pagi - 4.30petang.
Aku lihat mejaku agak sedikat berhabuk,maklum lah cuti 2 minggu.Hari ni berazam nak update beberapa soalan/nota.

Saturday, January 1, 2011

1 Jan 2011

Happy New Year!!!

Munajat Cinta ~ Ahmad Dhani

Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus


Haa...td terdengar lagu ni terus suka pula.Lirik ku copy saja..kalau salah,maaf ya :)

Tahun baru ni..semua orang ada azam tersendiri. Aku??
1-Agama : akan sentiasa memperbaiki kelemahanku..
2- Kerjaya: akan meningkatkan prestasi!!!Jut boleh hehe...tak akan mendampingi orang2 yang asyik berfikiran negatif je.Aura negatif pergi kau jauh2!!!
3- Kewangan: 'langkah berjimat-cermat akan diambil'.Tahun lepas agak boros!So tahun ni akan membuat saving~perlindungan di masa susah :)
4-Percintaan : Ouchhh hehe...'Tuhan kirimkanlah aku,kekasih yang, baik hati,yang mencintai aku,apa adanya'
5-Keluarga : i love my family...tahun lepas aku mengalami stress yg agak luarbiasa, betul lah kata orang,kita perlu berdepan dengan masalah tersebut walau sepahit manapun.Alhamdulillah dengan adanya keluarga yang memberi sokongan,segalanya berakhir dengan gembira.