Thursday, July 29, 2010

LCCT

from my mobile hehehe...ngah tunggu my long lost cousin pujuk bos dia minta cuti hehe

Thursday, July 15, 2010

sahabat

Sahabatmu suka padamu...tetapi tidak lah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu..

Sunday, July 11, 2010

hujan..

Puasa ganti day-3,rejab...
Baru sampai rumah,hujan lagi tu..ohh petang ni nak sungkai apa ya? Goreng ayam jela kot.Tadi mak suruh bawa nangka masak, ingatkan nak goreng la buat kuih.
Jumaat lepas aku baru ganti timing-belt kereta aku. Hampir 3 jam jg la menunggu,nasib baik cuti. Lepas ni tak ragu2 lagi la bawa kereta..vroooommmmm :).Lepas ni nak bajet untuk tukar tayar pula.

Ohhh ya,ada cerita ni...tapi tak mau tulis sekarang,coz mcm mengumpat lak ni, nanti-nanti la cerita,kang batal lak puasa aku hehe..

Sunday, July 4, 2010

motivasi untuk ku..

Ganti puasa..day 2 :),bulan rejab..

Lepas bersahur..mata ni tak mau lelap lak, apa lagi layan internet lah. Ermmm terklik blog hamba Allah seorang ni,namanya wazy..so aku pun tertarik dengan kata-kata motivasinya, so wazy izinkan aku menulisnya d sini ya :)

Berfikiran positif..
1.Bersangka baik dengan sesiapa
2.Tumpukan pada nilai-nilai murni
3.Elak emosi negatif
4.Istighfar serajin mungkin,seikhlas mungkin,sebanyak mungkin
5.Play more,more,more.Have fun!
6.Jangan ambil kisah cakapan orang
7.Elak menyalahkan orang,situasi,keadaan,persekitaran,benda

'Mungkin anda telah SILAP!Mungkin anda GAGAL!Mungkin anda nak give up! Siapa tahu esok mungkin hari yang cemerlang untuk anda!ANDA BERJAYA!

Salah satu KEGAGAHAN wanita itu ialah apabila dia tahan menerima sebuah kehilangan....

Friday, July 2, 2010

Eliza..my friend ;)

Harap2 ko terbaca la apa yang aku tulis ni :)

29-31 Julai ni aku g KL lagi, bukan g utm tapi saja nak enjoy..mencari damai di hati. (hahaha cari damai d hati?cam geli lak aku tulis gitu hehe). Takde plan apa2 sesaja gatal2 g beli tiket,time otak berserabut survey tiket airasia trus g beli huhu. Paling2 pun plan aku jenjalan ngan my cousin. Sambil2 nak beli kain wat baju raya. And kalau ada bajet stay la hotel,kalau tak aku stay je umah cousin aku,dia area KL je.

So my dear friend, kalau ada masa (aku tau ko keja), boleh bawa aku ronda2 KL waktu malam hehe...

ishhh line celcom ni sot la pulak huhuuhuhu..

Thursday, July 1, 2010

1 july

i'm back :)

Hampir 2 bulan aku tak mencoret kat sini..sebenarnya meluahkan perasaan hehehe.April tahun ni bulan yang memberikan banyak dugaan kepadaku.Betullah kata orang bulan 4 ni tak baik. (ye ke tak baik..kebetulan kali hehe).Terpaksa menyelesaikan masalah dengan sendirinya.Tiada tempat mengadu...hendak mengadu pun kepada siapakan,kalau kepada family lagi akan membebankan mereka :( . Ingin saja aku nak memaki je terus ke muka orang tu, cuba bayangkan keluarga sendiri yang buat kita begitu,tapi sabar jelah, yang dapat aku buat hanya lah berdoa kepada Allah moga ditunjukkan jalan penyelesaian dan diberikan hati yang tabah. Tapi entah kenapa airmata ni tak mau keluar..sebenarnya aku ingin sangat nak menangis.

Julai..memberiku berita gembira,terima kasih Ya Allah kerana penderitaan itu sebenarnya memberikan kita waktu untuk kita menyesali perbuatan kita yang lampau, memberikan pengajaran kepada kita dan menjadikan kita lebih matang,bersikap positif dan seterusnya sentiasa bertawakal kepada Tuhan. Dan bila aku didatangi kesusahan aku sentiasa teringat 'Allah tidak menguji seseorang itu di luar kemampuannya,teruskanlah berdoa'. Rasanya itu lah yang sentiasa membuat aku setabah ini. Syukur,alhamdulillah :)

Selepas ni tiada lagi duka,aku tak ingin berdendam..tapi buat masa ini aku tidak mahu ke sana.