Thursday, December 30, 2010

Congrats Harimau Malaya...

Khairul Fahmi Che Mat......kau la hero!!!

Sakit jantung tengok bola malam td, semasa masa ke-2 perlawanan,berdoa jek supaya masa cepat habis. Setiap kali bola ke gawang Malaysia,cemas gilakkkk. Tak tau la macamana nak gambarkan,bila teringat balik kisah semalam tu,tergelak sendirian hahaha. Tak sangka boleh jadi gila2 gitu hehhe...
Anyway,Malaysia menang jua (4-0)..congratz Harimau Malaya!!!,and to Garuda (Indonesia) anggap je kekalahan itu adalah kejayaan yang tertunda.

31 Dis 2010...PM umumkan sebagai public holiday!!! I love Malaysia..Saranghae!!!

Wednesday, December 29, 2010

mary stayed out all night ost - my precious by jang guen suk(eng+romanised)



love this song ~ emmmm dah jadi ringtone pun..jan jealous :)

Thursday, December 23, 2010

Simpang Mengayau



Cantik tak??? perjalanan lebih kurang 2 - 3 jam,bergantung kepada driver anda la,kalau yg jenis KL drift tu memang cepat sampai lah. Hhaha..mengimbau kembali tempat dating,dulu jalan ke tempat ni belum elok seperti hari ini. Walaupun perjalanan agak memenatkan (bagi yg first time dtg),tapi setibanya anda di tempat ni, keletihan itu hilang dengan serta merta.Lihat saja pic yg diambil olehku (boleh add me d facebook kalau nak tgok pic lain).
Kami tiba,tetiba lak hujan..sambil menunggu hujan berhenti,apa lagi sesi mengisi perut di dalam kereta (mujurlah my cousin ada bawa nasi lemak,karipap n kuih kacang..TQ emy). Selepas makan,wlaupun masih gerimis kami apalagi terus la beraksi..

Enjoyyyyyyyyyy ba...hehehe

Sunday, December 19, 2010

Lilo



Aku di kampung.....:)
Seawal pagi lagi dikejutkan oleh Lilo.Macamana tak bangun kalau jari2 tangan dan kaki ku habis digigitnya. Bukan sakit mana pun,geli adalah..hehehe...
Dua minggu lepas,anak kucing ni agak sakit,minum susu pun terpaksa disuap. Tapi syukurlah sekarang ni sudah cergas berlari kesana kemari.Sekarang pun dia dah pandai makan nasi,bukan seperti si ibu (Dottie) lansung tak pandang nasi.

Hujan di luar sana...petang ni aku balik ke KK

Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah 1432H

Selamat tahun baru kepada rakan2 muslimin dan muslimat.Moga perjalanan hidup kita nanti akan sentiasa di berkati-Nya.
Bayang silam kau pergilah...pergilah dari sisi ku

Sunday, November 28, 2010

27 Nov 2010


Riangnya di dalam hati...
Ambik c dia dr airport & sama2 balik kg.Dapat Hersey-kisses 2 pek..TQ dear :)

30 nOv ~ selepas konvo,sempat menemaninya di airport, walaupun sekejap..tapi aku happy :)

Wednesday, November 17, 2010

Salam AidilAdha 2010

AidilAdha datang lagi...bangunnnn semuanya.

Pagi-pagi lagi dikejutkan oleh anak sedara,dia hantar makanan.Harumnya lopes pulut (tak tau ngam ka ejaan lopes tu hahaha)...dan apalagi dengan jayanya terus bangkit dari tidurku hehe. Rezeki tu....alhamdulillah.
Sempat bergaduh dengan Dottie (kucing..) and anaknya Lilo. C Dottie n pelik sikit la, ayam pun dia tak makan. Dah la semalam lupa nak belikan dia susu,nahhh terpaksa lak belikan dia susu tin. Hehehe...dah try bg dottie mlm td,tp dia minum sikit jek.Tak sedap kali tu kan hahaha....

DAH DUA MINGGU aku tak bawa laptop ke kolej.eRMMM...bagus juga lah,selesai semua kerja2 ku.Sekarang ni tinggal nak check ujian 4. Hahhh?? ujian 4...ya betul,rasanya aku jak la yang rajin nak buat sampai ujian 4.Tetapi kekadang student ni tak menghargai pun apa yang kita buat.Dah tau ujian,study pun last2 minute.Takpe la,lepas ni terpulang pada mereka la nak buat apa.Cukuplah aku membantu setakat ni...

NI cerita pelik tapi benar.Penyakit aku sekarang ni kan,setiap balik kg,ada2 jak penyakit yang datang.Sakit itu,sakit inilah..Last week sakit belakang smpai ke leher,nak pusing kepala ke kanan,punya sakittttt.kenapa kalau d KK sakit tu semua hilang? Ada orang tak suka aku balik kg ke? Dan pada masa ni,dari malam tadi aku sakit dada,macam orang yang kekenyangan (xmakan malam pun)...Macam orang lepas berlari tu..semput jak.Uikkk tak kan la aku ada sakit jantung hehe...

K la,nak tolong adik aku masak jap,my sis n family ckp nak lunch d sini hari ni. So, sempena aidiladaha ni,MAAFKAN...jika ada sikap yang kurang menyenangkan.Selamat hari raya korban semua.Moga apa yang kita korbankan selama ni di redahi Allah.

Love my family....

Friday, November 12, 2010

Karma...

Bolehkah aku ketawa? Hahahahahaha....

Nahhhhkan...Allah itu maha adil,orang jahat pasti ada pembalasannya. Dan pembalasan itu lebih besar daripada apa yang kau laku kan kepada aku.

Tulah tua2 bukan nak insaf tapi lagi nak amalkan ajaran sesat.Kenapalah di negara ni tiada hukuman bagi orang yang mengamalkan 'black magic' ni. Kesal sungguhlah...., anak-beranak sama jak. Yelah mana tumpahnya kuah tak ke nasi kan???

Bertaubatlah ba oiii...banyak betul dah dosa ko tu, aku tengok muka ko pun macam mayat hidup jek...

Saturday, November 6, 2010

I go...

So long, fare thee well
The dancer & the dancing days hv taken leave & fell,
So turn down this bed of stone,
Quench me with the deadly nightshade frm the rose that u belong,
The long December rain is falling now,
Running down on streets to nowhere
Music is my life u're my sweetest nightingale,
But I cant hear it here no more
And I go
I go.....
Hush now, dont shake or break
Words hv fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon ur face

by aizat.....

Sampai masanya aku harus melepaskannya....

Monday, November 1, 2010

Sedih...

Tadi call my mom...dan dia bgtau pasal hal itu.Pada mulanya dia tidak mahu memberitahuku,alasannya nanti aku lagi tertekan.Setelah puas ku pujuk,dia pun memberitahuku.Ternyata jawapannya amat memeranjatkan aku. Tergamak org yang aku sangka baik selama ini,itulah yang menikam aku dari belakang.Adakah senyumannya selama ini palsu semata2..adakah pertolongan yang dia berikan selama ini ada makna yang tersirat. Adakah aku telah membuat sesuatu yang menyakiti hatinya sehingga dia sanggup membuat perkara yang dilaknat Allah itu???

Dalam sakit ku ini...aku masih mencari jawapan.Kenapa perlu membuat perkara sebegitu, sakit hati sangat kah dia padaku. Mungkin selama ini,dia amat meluat tengok wajahku,...aku pujuk hati..biarlah moga tuhan saja yang membalas segalanya. Moga Allah membuka hatinya untuk insaf,moga terbuka hatinya supaya tidak membuat perkara yang kufur seperti itu.

Ini kali kedua,orang yang agak rapat denganku membuat hidupku sebegini. Aku tanya ibuku..'dorg nak sangat ke aku mati mak?Apa juga faedahnya dorg buat begitu? Bukannya kita kaya pun,dorg lagi kaya. Kenapa sampai buat aku begini.'

Tadi di opis, sekali-sekala sakit tu datang ,sampai ada yg menegur.Sakit ke Jut? Aku hanya senyum...senyum menahan airmataku dari gugur berjuraian. Ya Allah..tabahkan lah hati hamba mu ini.

Dan....Aku nekad untuk memohon cuti dalam masa terdekat ini...

Saturday, October 30, 2010

Dugaan..

kenapalah masih ada orang yang berhati busuk.Adakah aku pernah menyakiti hati mereka?

Ya Allah...jika ajalku telah datang dalam sakitku ini,maka senangkanlah aku,jika masih jauh hilangkanlah penyakitku,dan jika sebagai cobaan,berikanlah kesabaran padaku..Amin.

Friday, October 15, 2010

...

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Wednesday, October 6, 2010

Keputusan..

Bulan lepas aku ditawarkan untuk satu memegang satu jawatan. Sebelum ini pun memang dah ditawarkan tapi aku menolak.Tapi hari tu DCEO yang cakap sendiri dengan aku,jawapan aku memang sama,aku menolak kerana rasanya ada orang yang layak selain aku. Tapi minggu lepas ada jg bos-bos yang nasihatkan aku untuk terima jawatan tu. Jadi dalam minggu lepas itu aku berdoa kepada Allah moga ditunjukkan jalan,keputusan apa yang hendak aku buat. Meminta jika benar-benar jawatan itu adalah rezeki daripada-Nya,kali ini kalau aku ditawarkan jawatan itu,aku tak akan menolak lagi.

Dan tadi...DCEO berjumpa aku lagi face to face..dan di akhir perbualan aku pun dengan rasa rendah hati 'oklah bos kalau tiada sudah orang lain,saya cuba lah buat yang saya mampu'..dan maknanya,aku menerima jawatan itu. Ya Allah...bimbinglah aku dan permudahkan lah urusan ku nanti.

Ermmm...semestinya aku akan bertambah bz...

Wednesday, September 22, 2010

21 September 2010

Alhamdulillah....
Bersyukur kehadrat ilahi kerana bebanan selama ini aku dapat langsaikan. Terima kasih Ya Allah kerana tunjukkan jalan penyelesaian terhadap masalah ku itu. Biar Tuhan saja membalas apa yang telah mereka lakukan pada ku. Berikan lah mereka balasan yang setimpal.

Walaupun aku dah maafkan..tapi semahu2nya aku tak mahu tengok atau berjumpa dengan mereka. Menyampah!!!

Thursday, September 9, 2010

Aidilfitri 2010

Ramadhan berlalu pergi..Syawal datang lagi..

Yeahhhh..esok raya!!!

Lisan kadang-kadang tak terjaga,janji kadang-kadang terabai,hati kadang-kadang berpransangka,sikap kadang-kkdang menyakitkan..hidup ini menjadi indah jika masih ada kemaafan..Salam Aidilfitri untuk semua,moga aidilfitri kita lebih ceria dan diberkati.

Sunday, August 22, 2010

Rapuh..

Opick...izinkan ku kongsi lirik lagu mu ya :)

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Saturday, August 21, 2010

Day-11

Alhamdulillah...skrg dah puasa hari ke-11...
Lepas isyak mlm td,ingat nak tido kejap,sekali lg bangun time alarmku bunyi time sahur kul 3.45am. Uiiii aku tido dgn nyenyaknya,dengan tv masi on,lampu terang -benderang.Aikk aku penat sangat ke kemarin?
9am ni ada taklimat lg di kolej...napa lah dorang buat hari sabtu.Tapi takpe la datang jela kan dah mmg tugas :). Ingat after taklimat mau g lalalala kat parkson,nak cari barang jeng..jeng..jeng.

Friday, August 13, 2010

Day-3,sahur

Sahur..alhamdulillah

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan :)

Ramadhan datang lagi..selamat berpuasa untuk semua. Moga puasa kita di berkati dan hidup lebih bermakna. Nampaknya aku sahur seorang2 jela pagi nnt.Tapi esok macam nak balik kg je nak sungkai bersama family. Ok kot coz,khamis my class @1pm so datang kolej lewat sikit takpe kan hehe...

Thursday, July 29, 2010

LCCT

from my mobile hehehe...ngah tunggu my long lost cousin pujuk bos dia minta cuti hehe

Thursday, July 15, 2010

sahabat

Sahabatmu suka padamu...tetapi tidak lah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu..

Sunday, July 11, 2010

hujan..

Puasa ganti day-3,rejab...
Baru sampai rumah,hujan lagi tu..ohh petang ni nak sungkai apa ya? Goreng ayam jela kot.Tadi mak suruh bawa nangka masak, ingatkan nak goreng la buat kuih.
Jumaat lepas aku baru ganti timing-belt kereta aku. Hampir 3 jam jg la menunggu,nasib baik cuti. Lepas ni tak ragu2 lagi la bawa kereta..vroooommmmm :).Lepas ni nak bajet untuk tukar tayar pula.

Ohhh ya,ada cerita ni...tapi tak mau tulis sekarang,coz mcm mengumpat lak ni, nanti-nanti la cerita,kang batal lak puasa aku hehe..

Sunday, July 4, 2010

motivasi untuk ku..

Ganti puasa..day 2 :),bulan rejab..

Lepas bersahur..mata ni tak mau lelap lak, apa lagi layan internet lah. Ermmm terklik blog hamba Allah seorang ni,namanya wazy..so aku pun tertarik dengan kata-kata motivasinya, so wazy izinkan aku menulisnya d sini ya :)

Berfikiran positif..
1.Bersangka baik dengan sesiapa
2.Tumpukan pada nilai-nilai murni
3.Elak emosi negatif
4.Istighfar serajin mungkin,seikhlas mungkin,sebanyak mungkin
5.Play more,more,more.Have fun!
6.Jangan ambil kisah cakapan orang
7.Elak menyalahkan orang,situasi,keadaan,persekitaran,benda

'Mungkin anda telah SILAP!Mungkin anda GAGAL!Mungkin anda nak give up! Siapa tahu esok mungkin hari yang cemerlang untuk anda!ANDA BERJAYA!

Salah satu KEGAGAHAN wanita itu ialah apabila dia tahan menerima sebuah kehilangan....

Friday, July 2, 2010

Eliza..my friend ;)

Harap2 ko terbaca la apa yang aku tulis ni :)

29-31 Julai ni aku g KL lagi, bukan g utm tapi saja nak enjoy..mencari damai di hati. (hahaha cari damai d hati?cam geli lak aku tulis gitu hehe). Takde plan apa2 sesaja gatal2 g beli tiket,time otak berserabut survey tiket airasia trus g beli huhu. Paling2 pun plan aku jenjalan ngan my cousin. Sambil2 nak beli kain wat baju raya. And kalau ada bajet stay la hotel,kalau tak aku stay je umah cousin aku,dia area KL je.

So my dear friend, kalau ada masa (aku tau ko keja), boleh bawa aku ronda2 KL waktu malam hehe...

ishhh line celcom ni sot la pulak huhuuhuhu..

Thursday, July 1, 2010

1 july

i'm back :)

Hampir 2 bulan aku tak mencoret kat sini..sebenarnya meluahkan perasaan hehehe.April tahun ni bulan yang memberikan banyak dugaan kepadaku.Betullah kata orang bulan 4 ni tak baik. (ye ke tak baik..kebetulan kali hehe).Terpaksa menyelesaikan masalah dengan sendirinya.Tiada tempat mengadu...hendak mengadu pun kepada siapakan,kalau kepada family lagi akan membebankan mereka :( . Ingin saja aku nak memaki je terus ke muka orang tu, cuba bayangkan keluarga sendiri yang buat kita begitu,tapi sabar jelah, yang dapat aku buat hanya lah berdoa kepada Allah moga ditunjukkan jalan penyelesaian dan diberikan hati yang tabah. Tapi entah kenapa airmata ni tak mau keluar..sebenarnya aku ingin sangat nak menangis.

Julai..memberiku berita gembira,terima kasih Ya Allah kerana penderitaan itu sebenarnya memberikan kita waktu untuk kita menyesali perbuatan kita yang lampau, memberikan pengajaran kepada kita dan menjadikan kita lebih matang,bersikap positif dan seterusnya sentiasa bertawakal kepada Tuhan. Dan bila aku didatangi kesusahan aku sentiasa teringat 'Allah tidak menguji seseorang itu di luar kemampuannya,teruskanlah berdoa'. Rasanya itu lah yang sentiasa membuat aku setabah ini. Syukur,alhamdulillah :)

Selepas ni tiada lagi duka,aku tak ingin berdendam..tapi buat masa ini aku tidak mahu ke sana.

Tuesday, May 25, 2010

Sabar..

Selagi tak selesai,aku tak akan pergi ke sana...

Thursday, May 13, 2010

kawan..

Kawan...ketika susah sukar di cari.

Allah tidak menguji seseorang itu di luar kemampuannya.

Teruskan la berdoa..

Monday, May 3, 2010

study week..

yee-hawwww....end of this sem (maknanya kuliah da abis). Minggu ni 'study week',then final exxam weeks (10-23 may),kena jadi invigilator,takpe asalkan tak mengajar :). Skrg nak update notes sikit2 sambil layan korean drama :).

Tuesday, April 27, 2010

minggu terakhir..

oooooooooo yeahhhh...mingu terakhir kuliah :).Tadi my last class for this sem,alangkah lega rasanya.Tapi dalam minggu ni kena abiskan marking test 4 cz carry mark dah kena submit next week.Ada 3 subjek nak kena mark (70 + 14 +20) helai kertas..

Friday, April 23, 2010

stress

huhuhu..sapa suruh g buat test 4 lg jut oiii,kan dah tak larat nak marking.Sabar jela,nasib baik class abis suda,tinggal next week hanya ada class mon & tue only. After that,study week and exam weeks.Yahooooooooooo.....:)

Ya Allah,permudahkan lah setiap urusan ku..amin

Thursday, April 15, 2010

benci..

Aku ni bukan jenis yang suka benci kat orang..tapi sekarang ni aku betul2 benci dengan orang tu.Nak pandang wajahnya pun aku tak ingin,nak dengar suaranya lagi lah aku nak termuntah.Ohhh sampai begitu sekali aku benci kat dia...Aku benci kau!!!

Berdoa hanya tuhan saja yang membalas,aku tahu tuhan mengerti perasaan aku sekarang ni.Pedihnya hatiku ni..Aku benci kau!!!
Walaupun aku tahu sekarang ni dia pun punya masalah,dan aku rasa masalahnya lagi berat dari aku.Tapi..aku tetap benci kau! Dalam hati aku macam mahu melonjak2 kegembiraan dan sudah pasti itula balasannya bila orang berbuat jahat, 'ketulahan' lah tu..huhhh! Aku benci kau!!!

Selagi masalah ni tak selesai,selagi itu lah aku akan membenci kau...

Tuesday, April 13, 2010

11 April 2010

Al-Fatihah kepada pakcik tersayang moga rohnya aman dan tenteram d sana,dan di tempatkan di kalangan org2 yg diredahi Allah.

Dari Dia kita datang,kepada Dia kita kembali..amin

Saturday, April 10, 2010

Sakit kepala

4 minggu lagi nak final exam..Kemarin masuk lab,aku betul2 sakit kepala..First class tu ok lagi, masuk group 2,sampai sapu minyak cap kapak.Bebudak ni,dah berbuih aku cakap.Rasanya setiap kali masuk lab aku mesti cakap benda yg sama.Tapi tulah telinga tu letak kat mana, kasi tinggi suara sikt dah ambik hati pula.Cuba la dorg ikut cara C amy tu,tak tahu rujuk buku dulu sebelum tanya,nasib baik ada gak student yg buat kita rasa senang hati.Ni yang lain tu tak pernah nak gunakan otak.Sabar jelah...syukur ada yg dapat reconcile.Betullah student skrg ni,tak sama dengan student dulu..amat kecewa sekali. Rasanya jajal2 batch dulu,tapi lebih baik dari sekarang ni..

Final exam ni aku rasa...aku berhenti berharap....

sejak2 thumbprint ni aku rasa penat sgt, bukan badan yg letih.Tapi otak yg penat.Kalau class pagi takpe juga,tapi kalau class petang tu yang haru biru tu.Bayangkan lah kul 5.30 dah bangun dah.Nak tunggu class petang tu,otak dah penat,bila dah penat rasanya masuk class pun cam tak confident jek.Tapi dorg ni cam tak nak faham la,kami ni bekerja guna otak,i mean mmg lah semua pun kena guna otak,tp kan mengajar tu,otak kena bekerja kuat..ishhh susah lak nak explain.Sapa2 yg kuat komplen tu,cuba lah dorg try mengajar lak,mcmana..kita tengok camne dorg nak handle pelbagai kerenah students dlm class tu.Ni tak asik komplen jek.

Dulu,sempat lagi menaip2 soalan atau baca buku atau buat persediaan untuk class keesokkan harinya.Tapi sekarang sorry lah, nak buka laptop pun tak larat..kekadang terfikir lak,'jut masa kerja ko 7.30-4.30,buat apa nak sibuk2 buat kerja opis kat umah.Dorg yang berkira sangat,so kalau ko buat kerja di rumah tu kan cam overtime tu kan'.Tapi,dorg tak pernah nak bertolak ansur,kerja2 begini ni,memerlukan otak yang tenang nak buat kerja,nak buat and taip soalan2 tak ley lah rush sgt,nnt tersalah sana sini buat malu jek kan.Rasanya aku tak pernah pun lepak2 d cafe.Selalunya g turun menapau jek.Dorg tu yg lepak berjam2 hanya utk secawan kopi.Dah tu yg melepak tu pula yg selalunya tak puas hati.Rasanya kami lah yg tak berkira sangat,time lunch pun masih lagi melayan students yg bertanya.Nak kata mkn lepak2 kat luar berjam2 takde pun.

Entahlah aku rasa semester ni bebanan tu terasa sangat.Dah la ajar 4 subjek.2 subjek tu pula studentnya more than 70 students.Kalau aku jenis yg main 'raduh' jek,memang aku biarkan je bebudak tu.Aku tak kan buat test sampai empat kali.Tapi,kalau bukan kita yg tolong siapa lagi kan..

Huhhh..panjang pula aku membebel,rasanya tension kot tulah nak lepaskan kat sini.Esok nak balik kampung,adik aku ajak g mandi laut..

Sunday, April 4, 2010

my time 7.30-4.30

hohoho..esok start suda thumb print. Sabar jela..:)
tadi baru baca blog Pak Nil pasal din beramboi..sedihnya..Al-fatihah untuk din beramboi,moga rohmu dicucuri rahmat.

Friday, April 2, 2010

Terindah hanya sementara

yehuuuu...hampir seminggu tak citcat kat cni.
isnin-selasa: g KL,bengkel@UTM KL
rabu:class
khamis:lawatan kualiti fr UTM KL
Friday: cuti good friday (sabah je yeahhhh)
Hari ni,tidoo je kerjaku..maybe coz a few days,aku tak cukup tido kot.Dahlah tgh hujan lg la lenanya :)

Saturday, March 27, 2010

mTest

Hehehe...punyalah susah soalan analatikal tu.Memang memerlukan otak bekerja keras..Harap2 lepas..amin :)

Friday, March 26, 2010

Nak mencarut ley ke?

Jumaat...hari ni cam tak best jek.Masuk lab pun lambat,bukan salah aku yer,IT department tu yg stafnya lambat sampai.8.30 baru dapat kunci lab..takpela itu boleh sabar,biasalah lepas gaji maybe dorg terlambat bangun coz g lalalala malam td. Tapi yang kin panas ni pasal g bengkel isnin ni,Isnin flight dan ESOKNYA..hari selasa dah balik KK. Takpe itu aku boleh terima. Tapi yang super duper sot ni,dah lah tau flight kul 9 mlm,dia suruh lagi pula aku wakil paper yg abis kul 5.Cam nak maki hamun jek.Bukan dia tak tau tunggu teksi kat utm tu payah betul time2 cam gitu tu,dah tu nak bergegas g KLIA plak.Kalau balik hari rabu..aku takkan geram cam ni lah.Tak adil langsung lah..yang lain pkul 3 dah habis.
Teringat lagii kes last semester,cam nak nangis rasanya,kena wakil sampaik kul 4. Tetiba hujan turun pula tu, tunggu teksi pun dlm hujan,pastu teksi pun tak mau masuk bukit bintang..Grrr tapi dia tak fikir,sedangkan time tu aku ngan dia jaga.
Oklah..aku pun cakap la kalau tak sempat,aku escape jak hehehe...Tapi c tutt terdengar lak.Terus dia ckp aku kena g jg,coz tu subjek dia..Tengoklah nnt camne..
kalau ku tahu camni jadinya,sorry lah aku nak pergi,next time tak yah hantar akulah. Dah lah kena pergi, jadi wakil untuk subjek orang lain,org lain tu pula yang lebih2 membebelnya.Lainkali sapa yang banyak komplen tu KAU suruh pergi bah.Dia kan tahu nak shortcut2 ni,aku mana biasa main raduh2 ni...
Esok ada mTest...wish me luck :)

Tuesday, March 23, 2010

Keputusan

Maybe, dalam masa terdekat ni aku terpaksa mempertimbangkan untuk membuat pilihan.Walau apa pun yang akan datang,peluang itu pasti akan ku pilih..dan sehingga ke saat itu rasanya aku dah susah hati,lihat saja malam ni, semacam tak dapat melelapkan mata.Akan adanya opportunity cost,memilih antara 2 yang terbaik.Tak dapat nak kongsi banyak, harus mendiamkan diri sehingga ianya benar2 pasti...dan oleh kerana itu lah aku masih dalam dilema.

Saturday, March 20, 2010

sedih..

jika kau lebih percaya mereka,sedihnya aku..

Friday, March 19, 2010

KL 29-30 Mac

Jumaat datang lagi,ohhh yea...esok nak bangun lambat sikit dr biasa hahaha...Selalunya 5.30 dah bangun..this week aku tak balik kg.Ada hal nak buat :).
KL..aku datang ni....

Wednesday, March 17, 2010

hipokrit..

Gembiralah kononnya aku lah org pertama yang dia teringat bila nak minta tolong itu ini, rupa2nya akulah orang terakhir yang dia cari bila dah orang yang dia minta tolong tu tak nak tolong dia..cam bikin panas je.Cam nak maki hamun jek huhu..Tapi apa boleh buat dah kawan...
ermmm..betul lah kata pepatah, jangan bergaduh dengan orang yang ada talian persaudaraan,kelak bila mereka berbaik semula,kau yang akan menjadi musuh mereka.
Betullah tu..amat tepat sekali,aku dah mengalaminya.Keburukan tu semua dorg lemparkan kepada aku.Sedihhhhhhhhhh...

Monday, March 15, 2010

opisku..

huhhhh...dahlah 4 hari sukan,muka da golap semacam.Kemarin g mandi laut la pula. Bertambah-tambah itam dan berkilatnya muka aku huhu.Takpe la asalkan enjoyyyy...ni pic anak buahku ngah menangkap ikan bilis.Aku nun jauh di sana ngah mempraktikkan skill berenangku hahaha.Bersantai di pantai dr pukul 8.30-12pm.
Dah hampir 3 bulan tak dtg ke pantai ni, jalanraya pun dah ok. Begitu la yang kita mahu, ada perubahan suda.Gembiralah orang kuala abai..

Friday, March 12, 2010

movie mode

movie marathon (kesian bah baru berkesempatan nak tgok hehe..), my name is khan..avatar..the storm warrior..ninja assasins..
2morroww sambung lagi ya..

Wednesday, March 10, 2010

sukan..day-3

happy..happy dayyyyy :)

Monday, March 8, 2010

Riang Ria Sukan KYS :)

holaaaaa....dari hari jumaat demam selesema + batuk, today demam dah ok, yang tak ok batuk je,kekadang tu terkeluar gak bunyi dramnya kikiki..walaupun tak berapa sihat,kena turun padang juga tengok team bola jaring ROS,yelah dah lah latihan tak pernah pun tengok dorang berlatih. So,turun saja lah memberikan sokongan. Nahhhh...tekakku agak sakit sudah ni.
KYS sukan 8-11 mac..alhamdulillah,team bola jaring dapat masuk suku akhir. Memang bebudak ni aktif gila..dorg juga la main futsal dan volleyball. Wow...:),esok suku akhir dan trus final, rabu dan khamis acara balapan..lari jangan tak lari...emmm aku ni tolong menyorak jela.
Dengan cuaca yang panas begitu tu,harap2 la tiada yang pengsan nanti. Tadi nampak ada PBSM, sempat juga la budak tu tunjukkan skill dia bila ada kecederaan ringan tadi tu.Very good :).
k..will update untuk acara besok..tatatititu
haha..kita sambung balik ye, today is tuesday..2nd day of sports day. TEAM netball ros dapat tempat ke-2,mmg di akui team reflesia memang kuat,apa taknya 3 orang dr team ros dapat kecederaan,dah la pemain2 yang terrer lagi tu.ERmmmm..anyway,congratz guys,terima kasih kerana mengambil bahagian dan memeriahkan sukan kolej kita yang tercinta tu hehe.
k..2morow day-3, akan update lagi esok.Esok and khamis dlm stadium lak.Acara balapan,mari kita tengok team mana pula yang laju..:)

Saturday, February 27, 2010

Sabar..

Ya Allah, jika ajalku telah datang dalam sakitku ini,maka senangkanlah aku,jika masih jauh hilangkanlah penyakitku, dan jika sebagai cobaan, berikanlah kesabaran padaku..Amin.

Monday, February 22, 2010

die another day

back to school..ermmm,baru habis cuti semester,pasni marathon kuliah sampai bulan May. Tiada cuti suda..banyak kerja nak kena settle,semuanya nak kena hantar dalam masa yang terdekat, rasanya tido pun dah tak nyenyak.Mimpi2 pun dah takde,bangun2 jek dah 5.30 hehe..
this Friday cuti lagi..Maulidur Rasul, my myob cancel lg la, dah 3 minggu tak masuk lab,Tapi tak apa lah ada 8 chapters je,skrg ni dah chapter ke-5.
Akan balik kampung,kalau sempat khamis petang balik,if tak jumaat pagi.Mesti balik, my sister kenduri jumaat tu, her elder son nak masuk polis,penempatan di kuching sarawak. Terbayang je anak buah ku yang hensem tu jadik polis hehehe..td pun kakak dah call, balik awal katanya.
Sakit mata la nak check paper bebudak ni..tulisan adehhhh, sabar jela...

Thursday, February 18, 2010

bosan

next week dah start masuk class..k, la nak sambung tgok cerita Chuno :)

Wednesday, February 17, 2010

mid-term break

yeahhhhhh....cuti semester, so siokkkkk

Saturday, February 6, 2010

pasrah..

kau datang ketika duka..dan bintang bercahaya..tunjukku ke jalan syurga..

Friday, February 5, 2010

tekanan huhu..

asal masuk lab je..tensionnyaaaa

Tuesday, February 2, 2010

ohh bulan..

Beberapa hari ni tak sempat nak mencoret sesuatu kat sini. Arrr..tekanan mulai terasa.Bagus juga la ada blog,boleh nak luahkan apa yang kita rasa. The new schedule, cantik sangat,but the problem is my MA class ada 75 orang. Camna tu?Boleh control ke?..Aku ok jek,tapi masalahnya penerimaan students mcmana?Lagi satu masalahnya, air-con pula slow gile, ada masanya cam tak terasa pun ada air-con. Masalah dah di beritahu kepada orang yang berkenaan.Tunggu je,ada tindakan ke tak..3 subjek yang lain tu pula takde masalah :).
hari ni..3 feb, aku dah buat komplen sekali lagi. tapi jawapan dorg "si tut (bukan nama sebenar) sedang cuti..jadi, macamana la tu?Aku bertanya lagi..so esok bersedia la untuk menjadi ikan masin..

Sunday, January 24, 2010

cinta datang lagi


tengah membaca novel ini...
monday 25hb..baru jek abis baca novel ni. Nice...boleh di rekomen kan untuk bacaan anda. Ada unsur2 kelucuan (boleh tergelak sendiri hehe..), happy ending :). Bagi penggemar novel muslimah tu boleh la baca novel ni...saya bagi 3 stars :)

Friday, January 22, 2010

my schedule :)

masalah jadual dah selesai...now i love my new schedule..sgt cantik. Thanks boss :)

Tuesday, January 19, 2010

hari yang teruk..

aku tak suka la semester ni, awal sem lagi dah buat aku bad mood..dengan jadual yang masih berserabut. Berserabut? clash sana sini..dah tu bila cakap ngan bos aku,boleh marah2 lak tu.Hey..dia yg buat jadual napa pula dia marah2 kan ?huhu. Takpe la biarlah mayb dia tension la tu. Satu lagi masalah aku, student aku tu dah nak dekat 70 org, tapi dia bagi class yg hanya boleh muatkan 30 orang...'miss mcm mana ni?' tula bebudak tu tanya, aku lagi la tak tau nak buat camana..kin panasssss..dah sabar tahap gaban da ni hehe. Pasni..cakap jela...tak tahuuuuuu..
eee..stop kejap, nak tengok cerita cina tv2..dah kul 6pm dah

Thursday, January 14, 2010

pendaftaran senior...

menunggu dorg ni cam menunggu artis dtg (maklumlah penasihat akademik kononnya..adehhhh).Tapi apa2 pun welcome back!!!
KECEWA...dengan result MA, 5 org repeat that subject. Ada pula tu yg tak di sangka2 boleh gagal. Teruk la result aku this sem,cam takde semangat nak masuk class. Yang 3 subjek lain tu ok je. Memang beberapa orang tu aku da rasa dorg akan gagal, tapi tak lah sangka sampai 5 orang ley gagal.Owhhhh...KPI turun la ni hukhuk.
This sem, ramainya student.....bersedia la untuk pening hahaha

Sunday, January 10, 2010

sunday@hospital

baru balik dr hospital....
sebak tgok seorang nenek kat depan katil my nenek tu, dr semalam aku tengok tiada pun pelawat berada di sisinya. kemana kah anak-anaknya? di mana kah sanak saudaranya? sehingga tamat masa melawat td, dia masih tiada pelawat..Sesekali aku pasti akan memandang ke arahnya, kasihan sungguh tengok dia makan,selepas makan dia pun terus baring bersama bekas makanan itu,sampaikan pakcik prihatin terhadap nenek tu, lalu mengambil bekas makanan nenek itu dan memberikannya kepada nurse di situ. Sedang kami gelak ketawa berborak sesama sendiri, aku tengok nenek tu menutup matanya, dan kulihat mulutnya seakan2 menahan tangisan...sedih sungguh melihat keadaannya, dan sahlah sangkaan ku tadi, memang nenek tu menangis..aku terus mengalihkan pandangan ke arah lain, keranaku pasti kalau terus menatapnya pasti airmataku mengalir..sampai sungguh hati anak2nya.

Friday, January 8, 2010

my new haircut..

potong pendek...rimas da rambut panjang .

Thursday, January 7, 2010

update notes

Agak sibuk hari ni kemaskini nota2, baru tax1 yg da 70% updated.Tinggal soalan2 lagi aku belum update. Tak pela ada 1 minggu lagi nak buat semuanya sebelum kelas bermula.
Nenek masuk ward, maybe lunch hour ni nak g tengok, yela dekat jek Hospital Queen ni dari sini..kesian dia, moga dia cepat sembuh..amin.

Wednesday, January 6, 2010

blur..

anak kecil main api
terbakar hatinya yg sepi
airmata darah bercampur keringat
bumi di pijak milik orang

schedule 4 tis, sem :)

hohoho...da tau da jadual untuk semester ni. I dont like tue n thu..i hv class 10-12 & 3-5pm. Haaaa??? 3-5pm?? Ngantuk gilerr ar adehhhh. Tapi apa boleh buat, dah tugas akan ku berikan komitmen dengan sepenuh ragaku. Yelah kan itu azam aku untuk tahun ni juga, kerja rajin2 ya jut.Aja2 fighting..

Monday, January 4, 2010

welcome back jut..

hahaha...my first day keja thn 2010. Seawal 5.30 pagi dah bangun, opsss bkn sengaja tu, aku set jam kul 6. Tiba2 jek loceng umah berbunyi, arghhhh??apahal ni org tekan loceng, awalnya..pastu aku dengar ada org bagi salam, kelam kabut aku bangun, ingatkan macik aku yg dtg. Dengan mamai2nya buka la pintu, sekali ada perempuan bertanyakan 'ada kakak jaja?'..Argggghhhh orang salah umah la ni huhu. Pastu aku terfikir btul ke tu orang td tu?..serammmmmm, adehhh pandainya aku kasi takut diri sendiri,agaknya org tu pembantu rumah kot, siap ada tapau lagi dia bawa. Terlanjur dah bangun,..buat la apa2 yg patut huhu...
Sekarang ni di opis, baru bangun hehe...ala tido kejap jek, pas makan td mata cam xley buka jek. Skrg ni dah fresh la ni, ramai gak org dtg opis..yela pendaftaran kan. Yang sibuknya org d bawah la, kami di atas ni relaks sikit. Actually, kuliah start 18 jan, so walaupun datang keja tapi tak la bz mana pun. Tadi dah update nota sikit2. Ada 4 subjek tu nak kena update..takpe la mmg dlm list azam aku tu, buat kerja rajin2 tahun ni..aja2 fighting :)

Sunday, January 3, 2010

esok dah masuk opis ;)

Baru balik dr shoping kasut keja..beli 2 sekali gus n beli tshirt jg.Alahai jut, pasni kena berjimat cermat la weiiii.OK la tu sambil2 berdiet hekhek. Sempat lagi tapau pizza,nyum2..dari malam td teringin nak ngap pizza.Yang aku bimbang sekarang ni kereta aku je yg buat hal.Yela la tetiba je nanti meragam kan tak rock tu.Next servise nak kena bajet untuk tukar timing belt, amoi tu ckp tak payah tunggu 100,000 km, 90,000 km lebih dah ley tukar. Tu yang buat jantung ai dagdigdug tu :(.
tadi jumpa c dia sebelum flight ke KL..sempat lagi dapat coklat and duit RM50. Hahaha...beli topup katanya,perli aku la tu selalu ckp xde kdit. Tanpa segan silu, amik je la org da bagi hahaha.Bule lagi dapat kasut 1 tu hehe. Glad to see him,temankan dia mkn kat atas tu..mkn nasi lemak airport. Abang dia ada sekali..aku rasa abang dia dah kurus sikit la.Aku sampai tadi abg dia tersengeh2 je tgok aku, padahal lau kat kg aku wat2 tak nampak je abg dia tu hehe. Abang dia balik dulu, emmm nak bagi chance la tu ekeke..tak banyk yg nak di borak kan..borak pun hal2 peribadi jek.Biarla rahsia..tuttttt hehehe..bye2 my tarabas. Dulu pas form 5, rambut dia panjang tu yg gelar dia tarabas.Sebelum dia masuk departure hall dia ckp 'nanti aku call'... dan aku pun beredar ngan tersengeh2, sampai tiket parking aku lupa letak kat mana. ;)

Saturday, January 2, 2010

Tahun baru dtg lagi...

happy new year my dear friends...
tahun ni azam baru nak kerja rajin2, kerja sepenuh hati gitu..pastu nak berdiet, kurangkan pengambilan karbohidrat and aiR bergas tu, nak elakkan terus. Lagi nak simpan duit nak g cuti2 malaysia, tak dpt luar malaysia..dlm malaysia pun cantik gak. Emmm...pastu nak mencari cinta :).,opss nak cari cinta kat mana ek? Orang ckp cinta tak dtg kalau tak di cari. Betul la kot cinta kena d cari coz bila ada cinta yang datang , aku tak suka lak cinta tu.Adeiii apa aku cakap ni ekeke..ishhh pening lak, nnt sambung lagi lak nak g giant jup cari mamam ;)
kita sambung lagi...now ngah watching the last mohicans (btul ke ejaan tu ekeke). Dulu cam pernah dah tgok cerita ni, tapi dah lupa la. Cam best jek..layan jea
Jeng..jeng...jeng..tetiba dpt sms...'dah tidur?D mana tu,boleh jumpa esok?'. Hehehehe...sebenarnya tau dah dia balik kk kemarin, aku ngah tunggu dia call or sms. Aikk aku tertunggu2 ke ekeke..tak malunya i hahaha.Sebenarnya dah janji nak ambil dia kat airport tp aku di kampung time tu, dia sampai lak kul 9am,cam tak sempat je. Pas aku msg dia, aku tak dpt ambil,trus pula dia senyap tanpa berita.Tup2 dia msg nak jumpa plak :).
Hahahaha...aku tak jawab msg, dia call pula. Nahhhh esok dia nak balik KL dah, okla jumpa la kejap.Kejap? sebenarnya nak la jmpa lama2..nak g tgok wayang ke kan..kan..kan..tapi apa boleh buat orang tu sibuk. Rasanya aku takde perasaan pun kat dia ni, kami rapat dr sekolah rendah lagi.Ingat la bila kawan2 ckp kami berkawan, sempat lagi aku baling dia dengan batu. Pastu aku ngan dia kena jmpa guru besar hahaha...boleh pula aku ingat ek kisah2 dulu tu.
Taktau la, time aku tak ingat langsung pasal dia...tetiba dia muncul. Bila aku ckp jek g KL, adalah dia tunggu aku kat airport...
Nanti sambung la..ngantuk giler...sweet dream everybody :)