Wednesday, January 18, 2012

Gunung Kinabalu



Syukur ALhamdulillah...Akhirnya berjaya juga aku menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kinabalu,gunung tertinggi di Asia pada 14hb Januari 2012 bersamaan hari sabtu.

Perjalanan....
Dari Timpohon Gate ke Laban Rata...6km
Bagi kawan-kawan yang ingin mendaki Gunung Kinabalu, kita akan berkumpul di Timpohon Gate ini. Selepas tandatangan, kita akan memulakan satu perjalanan yang sangat menyeronokkan dan sungguh adventure. Awal perjalanan, dinasihatkan supaya berjalan dengan lebih santai untuk menyesuaikan diri kita dengan keadaan hutan dan persekitarannya. Di awal perjalanan, kita hanya melalui tangga-tangga dan batu-batu yang kecil. Pertengahan kita akan melalui batu-batu berwarna orange dan seterusnya batu-batu besar, sampailah ke Laban Rata. So, kalau korg nak pergi, sebenarnya bagi pendapat aku, size doesnt matter coz kita bukannya nak berlari pun. Yang penting pertama..sihat, tiada masalah pernafasan (kerana semakin kita naik..semakin nipis oksigen) dan juga tiada penyakit2 kronik.Kedua...stamina, oleh kerana dari awal sampai akhir kita akan berjumpa dengan tangga,..so latihan naik turun tangga tu amat penting sekali. Nasib baik kami sempat membuat latihan di Bukit Padang sebelum mendaki hari tu. Tapi memang semput jugala hehehhe....
Jangan lupa bawa camera :)...sebabnya, rasa penat kita akan hilang bila kita lihat sekeliling kita. Indahnya ciptaan Tuhan...:)

Laban Rata ke Puncak (Low's Peak)
Kita akan bermalam di Laban Rata. Selepas Dinner, cafe akan tutup pukul 7 malam kerana para pendaki dinasihatkan supaya tidur awal kerana seawal 2.30pagi, pendakian ke puncak akan bermula. Oh ya,..breakfast, dinner and lunch and tempat tinggal adalah satu pakej. So, jangan bimbang tentang itu kerana ia suda termasuk dalam harga yang kita bayar.
Boleh tidur tak? Percaya tak?...sy hanya dapat tidur selama 1 jam sahaja. Kerana oksigen di atas sana semakin nipis, agak susah bernafas, terpaksa tinggikan bantal.Dan aku rasa kawan-kawan aku pun begitu juga.
Tiada masalah nak bangun awal, coz memang tidur2 ayam hehehe...selepas breakfast, perjalanan ke puncak pun bermula. Disini ada 2 peringkat..

Laban rata ke sayat-sayat...1.7km
Ok di sini kita kena sampai ke pondok sayat-sayat sebelum 4.30 pagi kerana selepas dari mada itu, kita tidak dibenarkan naik ke atas? Alasan...kerana...(sy malas nak tanya time tu kerana sy mau naik juga hheehe) Perjalanan ke sayat2 melalui tangga2 dan pendakian menggunakan tali. Tali? Yup...tali, cuba bayangkan macam wall climbing, begitulah...berjalan tegak di atas batu dengan memegang tali. So..kena berhati2 :). SO, amacam masih nak teruskan ke...

Dari Sayat-sayat ke Puncak...1.1km
Dari Sayat-sayat, perjalanan agak ok sikit kerana sepanjang perjalanan menggunakan tali, dan adakalanya sebenarnya tak perlu guna tali pun sebab kawasannya agak landai. Tapi kerana masih gelap, so kita berpandukan hanya pada tali tersebutlah (bila dah siang, kita akan terkejut kerana sebenarnya kita boleh berlari2 pun di atas gunung tu :) ).

Rasanya nak cerita pun, terlalu banyak nak diceritakan.Yang penting..cubalah sendiri, rasai pengalaman tersebut. Dan anda akan teruja nak cerita macam saya sekarang ni hehehe...

Ada sakit-sakit tak?
yessssssssss....sy sakit kaki.Tapi sekarang ok suda, so ambil masa 2-3 hari, baru boleh berjalan macam biasa.

Alhamdulillah...salah-satu azam 2012 saya suda tercapai. Terima Kasih Ya Allah.

Thursday, January 12, 2012

Debaran...



"Ok..esok berkumpul di kolej tepat 5.30 pagi"; kata Mr.Guide kami En Raslee. Raslee sebenarnya one of kys staff, so bertuah juga la kerana dia yang urus segala-galanya. Barang2 aku dah siap packing, oleh kerana kami ada sewa Porter (a person employed to carry luggage and supplies), so aku tambah sikit la barang2 yg nak di masukkan dalam beg aku tu.Ok barang2 nak di bawa suda ready...dari segi mental pula macamana?

Sejak berita kami naik gunung tersebar di kolej...ramai juga yang memberi komen positive/negative. Thanks kepada rakan-rakan yang memberi semangat dan aku anggap komen-komen negative (maybe dorang jealous kot) tu sebagai pembakar semangat untuk membuktikan kepada mereka yang kami BOLEH!

Saturday, January 7, 2012

Morning Bukit Padang!


Pagi yang best...

'Jut..get ready 7am, kami ambil ko kita p naik bukit'..kata seoarng teman.
Ok..this is my second time panjat bukit ni..Kali ni semput kat tangga tu jela. Tapi takpe, sampai juga ke puncaknya :)

Friday, January 6, 2012

7 days

7 hari mencari cinta...opsss salah, 7 hari lagi nak daki Gunung Kinabalu. Dan hanya dapat jogging pada hari isnin dan selasa tu pula try panjat bukit d Taman Tuan Fuad. Tanpa warming up, kami terus panjat, mak aiii semput den. Ada pakcik tu siap belari-lari anak lagi panjat bukit tu. Tinggi ke? tinggi jugala..ada 2 stage..stage 1, everbody can reach it,macam tracking biasa2 jak...but stage 2, keadaannya memang betul2 macam naik tangga 90 darjah. Beberapa kali juga la berhenti nak stabilkan pernafasan hehe. Time turun, ok macam biasa je..tp kena watch out for ur steps, turun pelan-pelan je. Ok sungguh excited nak panjat bukit lagi, tapi dalam bebrapa hri ni asyik hujan. Hopefully, esok pagi cuaca bagus, kitaorg plan nak panjat bukit esok pagi pula.

OFFICE...malas nak cerita la...dalam masa terdekat aku kena pindah opis!

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012

Welcome 2012....Happy New Year!!!

Azam tahun ni:
Harus pejam mata dan cuba apa saja :)