Friday, November 11, 2011

11Nov2011

Ermmm...hari ni ramai yg memperkatakan tentang tarikh 11.11.11.Tadi di radio Hotfm pun begitu jg. So, aku pun nak coretkan sesuatula supaya next year aku boleh baca balik apa yg aku tulis di sini pada hari ini. Kemarin aku ckp dgn kwn aku jum buat sesuatu yg kita boleh kenang pada tarikh 11.11.11 ni hehe..Hahahahhaa...

Bestnya kalau kawin pada tarikh ni kan..sudah la hari jumaat,mmg ngam la untuk bernikah.And for sure, ramai la yg ambil tarikh ni utk melangsungkan perkahwinan. cONGRATZla untuk sapa2 yg bertuah itu :).

Life goes on as usual...kemarin last jaga exam.Ohhhh bertuahnya badan, masa untuk merehatkan minda,masa untuk santai2.My plan time cuti ni, nak membersihkan rumah bonda.Kesian aku tengok rumah tu,rumput pun dah panjang sampai pinggang.Tapi takpe, masa aidiladha hari tu,aku dah kerahkan anak2 buah aku untuk bertugas.Harap2 rumput2 yg aku dah bubuh racun tu suda menunjukkan hasilnya coz skrg ni musim hujan.Pisang2 pun banyak buahnya.Aku bukannya takutkan ada org nak ambil buah2an kat sana. Tapi kalau dorg nak ambil pun biarlah ambil dgn baik,jangan sampai merosakkan harta benda di sana tu.Yup...memang pagar rumah tu aku biarkan tak berkunci, kerana aku dah pesan kat kawan2 arwah mamaku supaya kalau nak ambil daun2 sirih di sana ambil sajala. Aku dah anggap itu sedekah untuk arwah mamaku. Tapi ada segelintir manusia yg amat busuk hati tentang tanah mamaku itu.Cukupla wahai manusia yg durjana...moga Allah mengampuni dosa2 kamu yg berniat tidak baik itu.

Aku akan cuba balik setiap minggu untuk menjenguk rumah itu. Melihat bunga2 kegemaran arwah mamaku membuatkan hati terasa tenang sekali. Ya...ada bunga ros pelbagai warna, bunga raya dan pelbagai bungala. Dan aidiladha hari tu, aku ada tanam beberapa bunga di pusaranya. Moga2 dia gembira di sana.
Ya Allah...tempatkanlah ibuku di kalangan ahli2 syurgamu.Amin...

Tuesday, November 1, 2011

TQ EliZa :)


28-30 Oktober 2011...
Seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaaa...percutian yg sungguh bestla.

Eliza - Thanks coz bagi aku tumpang umah ko and jadi my tourist guide.Ermm first time tu g d Curve and Ikea.Selalunya aku g Kl mesti area bukit bintang, masjid india or midvalley jak.Memang cita2ku tercapai juga la p d'curve :)

Molek & Hanem - thanks jg coz suda dtg borak2 lepak2 walaupun main bowling tak dpt.Hahahah seram aku main bowling ni,tak reti sebenarnya ekeke..nasib baik full,kalau tak macamanala aku nak beraksi, mesti lucu..ohhh tidakkkkkk hehe

Harap2 kita boleh jumpa lagi.Korg...dtgla KK..aku tunggu :)