Wednesday, September 30, 2009

cari rumah sewa lagi...

Tolonggggg....
dalam minggu ni terpaksa ulang alik kb... :(

Saturday, September 26, 2009

tayar pancit...

dengan bersemangat sekali, aku nak balik kg. Tgok2 tayar keta pancit lak? Kemarin kan da pam. Lau pancit sikit ok lagi, ni kempis berabis huhu. Dah la takde kwn2 area sini ni. Kesian aku, tula suruh belajar tukar tayar tak mau..tp lau pandai pun mmg tak mau tukar, yela bukan nya kuat sangat nak g tukar2 skru tu kan.Tah2 lepas tukar, tercabut lak tayar tu time jalan..kan cari nahas namanya tu. Terpaksa la minta tlg org...adeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
tolong..tolong..tolongggg
Tulis sini camla org tau kan hukhuk..td da minta tolong sama JC, yela dia d opis dekat sikit. Lau jauh td tak jg aku minta tlg ba. Terpaksa minta tlg sama Jly jg..ngan abang ipar aku sekali. Tp abg ipar ckp maybe esok bru dia dpt dtg. Tunggu jela sapa2 bule tlg nnt...nasib baik tayar pancit d rumah, kalau d jalan raya. Lagi la haru biru..Dugaan hukhukhukhukhuk :(

Friday, September 25, 2009

Raya ke-6

Hari ni balik Country height..awal ke? keja aku berlambak, kena siapkan sebelum datang kerja hari isnin ni. Dah ajak mak sekali tapi dia tak mau, sapa yg nak tgok kan anak2 ayam tu katanya.
SEKARANG ni baru jek check soalan 1, pelan2 la kan esok soalan 2 lak. Tapi aku akan siapkan check paper bebudak ni before monday. Chayok2 jut hehe..
Tadi tapau bubur ayam McD jek..loya da tekak ni nak makan macam2. Asik ayam jela tak larat aiii huhuhu..
Sambil2 check paper..sempat ber facebook + updating blog + tgok movie pirate of d caribean ;)

Wednesday, September 23, 2009

Syawal datang lagi :)


selamat hari raya kepada semua..maaf kan segala salah dan silap..terkasar bahasa, halalkan makan dan minum serta hutang yang terlupa tu :).
Sekarang ni raya ke-4, tak sempat nak update blog, yela bz memanjangkan. Lagipun line internet kat kampung agak slow sikit. Nak amik pic pun terlupa..tak dapat beraksi depan camera hehe..

Wednesday, September 16, 2009

happy birthday to me

hapy bday to me...moga panjang umur dan d murahkan rezeki. Bersyukur kepada Allah kerana di berikan peluang untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai.

Monday, September 14, 2009

monday love..

happy bday keith...moga panjang umur dan murah rezeki..and on wednesday 16 sept, my turn pula ;). Pas isyak semlm aku da pengsan, ada 3 missed call tak jawab and 5 msg. Sorry la beb, aku pun tak tau napa terpengsan awal sgt. Nak kata penat tak jg la..tp 1 hal yg terjadi lg, pintu umah tu tak ley buka. Terpaksa minta bantuan adik2 guard tu untuk kasi pecah. Adoiiii...harap2 tiada apa yg akan berlaku time cuti raya ni.
Hurmmmm...gaji lum masuk.Harap2 la this week ada suda. Dah la belum ada baju raya. Ni kang last minute shoping la ni.But this week kerja isnin and selasa je. Rabu mmg sabah cuti sempena my bday..bkn la mmg bday YG di Pertua Sabah gak tu. Then khamis and jumaat kolej baik hati nak release student balik awal sempena raya. Student je tau, staf kena kerja jg. Adoiii jenuh la nak ganti class nnt.
Ermmm k la nak strika baju luk,..semangat nak g keja.Go..go jut hehe...

Saturday, September 12, 2009

nur kasih..

mcmne ley terlepas cerita nur kasih semalam? Grrrrrrrrrrr

Friday, September 11, 2009

malang tak berbau..

bersemangat nak g keja..tetiba keta x ley start la pula waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Seawal 6.30am dah turun g keta, nak g opis awal2 coz arini kat lab. Bila start jek keta xley hidup lak.Adoiiii...dah la xde kwn yg tingal dekat2 kat cni. Terasa jek sedihnya, time col nadia suruh cancel class td pun aku cam nak menangis jek. Dah la nombor pon student2 tu kat opis cmne aku nak hubungi dorgkan. Manage to sms c Nell jak ;(. Abg askar sebelah tu ckp masalah batri jek kena ganti. Sapa lg aku nak minta tlg ni?? Last..terpaksa minta tlg c has, minta tlg c manaf suh tengok2kan kereta tu. Syukurla dia sudi tolong, yela pa guna sedara lau tak tlg kan..t aku bagitau mak dia lau dia tak tlg aku hehe. Thanx again manaf..dia pinjam kan batri keta dia kejap, pastu aku beli la batri tak yah tambah2 air tu. Haaaaa melayang $160 aku, lari la bajet raya hehehe. Takpela hopefully batri tu bertahan sampai 10 tahun ekeke.Alhamdulillah, terima kasih ya Allah sebab kereta tu tak masalah batri jek bukan masalah lain. :)

Thursday, September 10, 2009

My nasi briyani

yessss....akhirnya berjaya juga buat nasi briyani. Sedappppp..lebih sedap dr d bazar tu. Senang jek ikut jer arahan perencah dr 'perencah nasi briyani keluaran maggi' tu. Thanx maggi kerana cita-cita nak try buat nasi briyani dah tercapai.Actually buat nasi briyani tu kemarin tp tak sempat nak tulis dalam blog hehehe...
Apa lg resepi nak try ye..aritu da try buat kek batik..mjadik juga, bule la buat time raya nnt.
Nasi ayam? alamak itu da terer la. Haaa kuah kacang lg yang tak terer..hari tu sebab blend, coz tu yg tak berapa umphhh hehe..nextt time nak tumbuk lak kacang nya..;)
Hari ni sungkai@6.19pm..yeahhhhh

Wednesday, September 9, 2009

its 090909...

Morning ;)..
Counting days for my bday...ermmm nak beli hadiah apa untuk diri sendiri ya? Semalam my sis call and dorg akan datang 16 sept ni..nak buka puasa kat CH katanya. And for sure 1 keta tu penuh lah tu. Ok,oleh kerana time tu my bday, takpe i will belanja u all.
And today..tarikh keramat skit..its 090909, must do something to be remember. Nak wat apa ya hehe...ari ni kurang busy, have 1 class only at 10am. Kena abiskan chapter 3 ni jg cz next week on keith bday, akan ada test 1 ;). Better study hard guys..
Malam td, pas solat..trus pengsan, bangun2 jek kul 3, tu pun my alarm bising btul. Kalau tak for sure tido mati punya hahaha. Sahur minum nescafe cicah roti gardenia + daging masak kicap. Haaa jan tak caya, aku masak time sungkai tu. Teringin sangat nak minum nescafe td, nahh ni kan tak dapat tido suda ni. Jup lg nak mandi, biar awal g opis supaya ley chow awal hehe..
K, nak sidai baju dulu..its 5.25am right now..

Where ever u r..still care about u...

Tuesday, September 8, 2009

Benci...

Masuk hari ke-3 aku tak reply2 msg dr dia...
Tapi tertanya-tanya..dia sihat ke?

Sunday, September 6, 2009

Wisma Merdeka

Duhhh...mlm td tido lewat.Napa? Wat keeropok popiah simpul sambil sekejap2 iklan main games @ facebook. Btul2 la FB ni wat org addicted hehe..anyway takpe asal jangan tak wat keja suda kan. Sahur..then pas solat subuh jek trus pengsan, bangun2 jek tgok jam dah pukul 10..adoiii hehe.Trus operasi basuh baju dan pingan mangkuk semalam tu then sambung games at FB. Bnyk la games dia layannnnnn...

Kul 1 lebih, trus drive g wisma merdeka..g Vunfa cari baju ada tak yy berkenaan. Rasanya nak beli yg color hijau td tu, cantik...tp tema raya tahun ni dorg nak purple pula. Takpe nnt cari lagi balik..manala tau ada yg yg color purple.

Ada situasi yg tak di sangka2..OMG..napa ya cam ada org jek tgok aku td. Ecehhh perasaan..

Mmg tak perasaan k..rupe2nya my x-boypren yg dok perati tu, kih2..kat Tongs la tu time nak cari short, tetiba ada org ckp 'pilih yg pink color tu..". Hah?? sekali ku toleh ke belakang, rupanya dia. Terperanjat beruk sejekap, yelah rasanya dah 2 tahun tak bercakap ngan dia. Dulu mmg selalu temankan dia shoping kat Tongs tu. Aku tanya la dtg sama sapa..dia ckp ngan adik. Aikk, ngan adik? mana isteri ko?..nak jak aku cakap gitu tapi tak berani la pulak, takut dia segan kan.

Huhhhh mamat sorang ni, aku pun tak tau camne tetiba kami lost contact. Bila ego masing2 tak nak call n msg gitula jadiknya. DAN LAST YER TIME RAYA,,dpt mms dr dia, gambar perkahwinan dia. Okla tu, aku pun tak balas msg dia, tp yg herannya walaupun da delete nombor pon dia, aku masih ingat sampai skrg ni.

Semua tu kenangan utk mendewasakan kita..camne aku ley tetiba tergerak g wisma td tu, sedangkan aku nak g Alamesra sebenarnya hehehe...

Kenangan lama muncul d ramadhan tahun ini.....oh yaaa jup g nak sungkai da :)

Saturday, September 5, 2009

Baju Raya..

Hari ni sambung operasi balik g cari baju raya...
Sebelum g sinsuran, servis keta at tempat biasa..cam tak tenteram jek bila tak servis keta. Yela da melebihi 3000km dr yg sepatutnya. Lagipun da masuk 6 bln tak servis..Fuhhh, leganya bila takde ada pa2 masalah yg berbangkit. Tanya psal timing belt, dorg ckp lum masanya lagi :). So, plug pun tak yah ganti..Semuanya RM93.50 including cuci enjin + basuh + vacum. Rasanyanya dah 2 bln keta tu tak basuh..Alhamdulillahhhh..:)
Pastu, g park keta at kk Plaza, nasib baik ada parking. Pusing2 segama n sinsuran xde yg menarik, nampaknya tak berbaju raya la tahun ni.Pkai jela baju opis hehe..
Penattttt...merayau, sblm balik singgah at bazar sembulan, dah penat malas la nak masak. Opsss lupa lak nak makan tofu fa td..k..mat sungkai bagi yg lum sungkai..kita da sungkai da :)

Friday, September 4, 2009

balik kg ke tak ni?

cm malas la pula nak balik arini...ingat nak wat keropok popiah la lau tak balik :).
Jup lagi nak sungkai @ 6.22pm arini.

Wednesday, September 2, 2009

Rainy day

yeahhh its raining here in KK..I am in d office now, my class will be at 10am, 15 minutes to go.
Skrg ni 5pm da kat umah da baru sampai,1 hari ni hujan jerrr..ribut,angin kencang menakutkan. Takut jer tadi jalan kat kg Minitod tu banjir, maklum la ujan lebat begini nanti air naik kan. Tadi lalu tempat tu, ada 2 kwsn yg airnya dah melimpah ke jalan raya. Alhamdulillah sempat sampai ke umah. Ermmm apa juadah untuk berbuka ya? Tadi singgah beli murtabak sayur and kuih koci keladi. Then, jup g nak wat sup ayam, ayamnya baru kuar peti sejuk, sambil2 tu ber facebook and update my blog la :).Hujan-hujan begini wat sup menambah2kan selera jek..K, nak sediakan bahan2nya dulu ya..be back after sungkai ;)

Tuesday, September 1, 2009

welcome September

September..i love u :)
Memang aku suka september..coz my bday will coming soon. 16 september..and sabah akan cuti. Public holiday..hehe cuti sempena meraikan bday ku :).ACTUALLY, 16 sept jg tarikh bday yg d pertua sabah dan tarikh ni jg sabah menyertai Malaysia iaitu pada 16 sept 63. So..lucky me, setiap tahun time my bday pasti sabah cuti. DENGAR2..coz tarikh tu pembentukan Malaysia, so akan di isytihar sebagai federal public holiday, tapi belum lg kot. Takpe la ye bior sabah jek cuti nanti.
Kita sambung balik yer..Baru buka pose..hari ke-11 berpuasa, arini buka pose kat umah jer. Penat otak ni class dr kul 8-12.Penat la pula potpetpotpet..ingat nak singgah bazar sembulan, tapi tgok cam xder parking, malas la pula..trus cabut balik umah..hahaaaa
k,Mandi dulu..nnt lambat lak nak solat ;)