Sunday, January 24, 2010

cinta datang lagi


tengah membaca novel ini...
monday 25hb..baru jek abis baca novel ni. Nice...boleh di rekomen kan untuk bacaan anda. Ada unsur2 kelucuan (boleh tergelak sendiri hehe..), happy ending :). Bagi penggemar novel muslimah tu boleh la baca novel ni...saya bagi 3 stars :)

Friday, January 22, 2010

my schedule :)

masalah jadual dah selesai...now i love my new schedule..sgt cantik. Thanks boss :)

Tuesday, January 19, 2010

hari yang teruk..

aku tak suka la semester ni, awal sem lagi dah buat aku bad mood..dengan jadual yang masih berserabut. Berserabut? clash sana sini..dah tu bila cakap ngan bos aku,boleh marah2 lak tu.Hey..dia yg buat jadual napa pula dia marah2 kan ?huhu. Takpe la biarlah mayb dia tension la tu. Satu lagi masalah aku, student aku tu dah nak dekat 70 org, tapi dia bagi class yg hanya boleh muatkan 30 orang...'miss mcm mana ni?' tula bebudak tu tanya, aku lagi la tak tau nak buat camana..kin panasssss..dah sabar tahap gaban da ni hehe. Pasni..cakap jela...tak tahuuuuuu..
eee..stop kejap, nak tengok cerita cina tv2..dah kul 6pm dah

Thursday, January 14, 2010

pendaftaran senior...

menunggu dorg ni cam menunggu artis dtg (maklumlah penasihat akademik kononnya..adehhhh).Tapi apa2 pun welcome back!!!
KECEWA...dengan result MA, 5 org repeat that subject. Ada pula tu yg tak di sangka2 boleh gagal. Teruk la result aku this sem,cam takde semangat nak masuk class. Yang 3 subjek lain tu ok je. Memang beberapa orang tu aku da rasa dorg akan gagal, tapi tak lah sangka sampai 5 orang ley gagal.Owhhhh...KPI turun la ni hukhuk.
This sem, ramainya student.....bersedia la untuk pening hahaha

Sunday, January 10, 2010

sunday@hospital

baru balik dr hospital....
sebak tgok seorang nenek kat depan katil my nenek tu, dr semalam aku tengok tiada pun pelawat berada di sisinya. kemana kah anak-anaknya? di mana kah sanak saudaranya? sehingga tamat masa melawat td, dia masih tiada pelawat..Sesekali aku pasti akan memandang ke arahnya, kasihan sungguh tengok dia makan,selepas makan dia pun terus baring bersama bekas makanan itu,sampaikan pakcik prihatin terhadap nenek tu, lalu mengambil bekas makanan nenek itu dan memberikannya kepada nurse di situ. Sedang kami gelak ketawa berborak sesama sendiri, aku tengok nenek tu menutup matanya, dan kulihat mulutnya seakan2 menahan tangisan...sedih sungguh melihat keadaannya, dan sahlah sangkaan ku tadi, memang nenek tu menangis..aku terus mengalihkan pandangan ke arah lain, keranaku pasti kalau terus menatapnya pasti airmataku mengalir..sampai sungguh hati anak2nya.

Friday, January 8, 2010

my new haircut..

potong pendek...rimas da rambut panjang .

Thursday, January 7, 2010

update notes

Agak sibuk hari ni kemaskini nota2, baru tax1 yg da 70% updated.Tinggal soalan2 lagi aku belum update. Tak pela ada 1 minggu lagi nak buat semuanya sebelum kelas bermula.
Nenek masuk ward, maybe lunch hour ni nak g tengok, yela dekat jek Hospital Queen ni dari sini..kesian dia, moga dia cepat sembuh..amin.

Wednesday, January 6, 2010

blur..

anak kecil main api
terbakar hatinya yg sepi
airmata darah bercampur keringat
bumi di pijak milik orang

schedule 4 tis, sem :)

hohoho...da tau da jadual untuk semester ni. I dont like tue n thu..i hv class 10-12 & 3-5pm. Haaaa??? 3-5pm?? Ngantuk gilerr ar adehhhh. Tapi apa boleh buat, dah tugas akan ku berikan komitmen dengan sepenuh ragaku. Yelah kan itu azam aku untuk tahun ni juga, kerja rajin2 ya jut.Aja2 fighting..

Monday, January 4, 2010

welcome back jut..

hahaha...my first day keja thn 2010. Seawal 5.30 pagi dah bangun, opsss bkn sengaja tu, aku set jam kul 6. Tiba2 jek loceng umah berbunyi, arghhhh??apahal ni org tekan loceng, awalnya..pastu aku dengar ada org bagi salam, kelam kabut aku bangun, ingatkan macik aku yg dtg. Dengan mamai2nya buka la pintu, sekali ada perempuan bertanyakan 'ada kakak jaja?'..Argggghhhh orang salah umah la ni huhu. Pastu aku terfikir btul ke tu orang td tu?..serammmmmm, adehhh pandainya aku kasi takut diri sendiri,agaknya org tu pembantu rumah kot, siap ada tapau lagi dia bawa. Terlanjur dah bangun,..buat la apa2 yg patut huhu...
Sekarang ni di opis, baru bangun hehe...ala tido kejap jek, pas makan td mata cam xley buka jek. Skrg ni dah fresh la ni, ramai gak org dtg opis..yela pendaftaran kan. Yang sibuknya org d bawah la, kami di atas ni relaks sikit. Actually, kuliah start 18 jan, so walaupun datang keja tapi tak la bz mana pun. Tadi dah update nota sikit2. Ada 4 subjek tu nak kena update..takpe la mmg dlm list azam aku tu, buat kerja rajin2 tahun ni..aja2 fighting :)

Sunday, January 3, 2010

esok dah masuk opis ;)

Baru balik dr shoping kasut keja..beli 2 sekali gus n beli tshirt jg.Alahai jut, pasni kena berjimat cermat la weiiii.OK la tu sambil2 berdiet hekhek. Sempat lagi tapau pizza,nyum2..dari malam td teringin nak ngap pizza.Yang aku bimbang sekarang ni kereta aku je yg buat hal.Yela la tetiba je nanti meragam kan tak rock tu.Next servise nak kena bajet untuk tukar timing belt, amoi tu ckp tak payah tunggu 100,000 km, 90,000 km lebih dah ley tukar. Tu yang buat jantung ai dagdigdug tu :(.
tadi jumpa c dia sebelum flight ke KL..sempat lagi dapat coklat and duit RM50. Hahaha...beli topup katanya,perli aku la tu selalu ckp xde kdit. Tanpa segan silu, amik je la org da bagi hahaha.Bule lagi dapat kasut 1 tu hehe. Glad to see him,temankan dia mkn kat atas tu..mkn nasi lemak airport. Abang dia ada sekali..aku rasa abang dia dah kurus sikit la.Aku sampai tadi abg dia tersengeh2 je tgok aku, padahal lau kat kg aku wat2 tak nampak je abg dia tu hehe. Abang dia balik dulu, emmm nak bagi chance la tu ekeke..tak banyk yg nak di borak kan..borak pun hal2 peribadi jek.Biarla rahsia..tuttttt hehehe..bye2 my tarabas. Dulu pas form 5, rambut dia panjang tu yg gelar dia tarabas.Sebelum dia masuk departure hall dia ckp 'nanti aku call'... dan aku pun beredar ngan tersengeh2, sampai tiket parking aku lupa letak kat mana. ;)

Saturday, January 2, 2010

Tahun baru dtg lagi...

happy new year my dear friends...
tahun ni azam baru nak kerja rajin2, kerja sepenuh hati gitu..pastu nak berdiet, kurangkan pengambilan karbohidrat and aiR bergas tu, nak elakkan terus. Lagi nak simpan duit nak g cuti2 malaysia, tak dpt luar malaysia..dlm malaysia pun cantik gak. Emmm...pastu nak mencari cinta :).,opss nak cari cinta kat mana ek? Orang ckp cinta tak dtg kalau tak di cari. Betul la kot cinta kena d cari coz bila ada cinta yang datang , aku tak suka lak cinta tu.Adeiii apa aku cakap ni ekeke..ishhh pening lak, nnt sambung lagi lak nak g giant jup cari mamam ;)
kita sambung lagi...now ngah watching the last mohicans (btul ke ejaan tu ekeke). Dulu cam pernah dah tgok cerita ni, tapi dah lupa la. Cam best jek..layan jea
Jeng..jeng...jeng..tetiba dpt sms...'dah tidur?D mana tu,boleh jumpa esok?'. Hehehehe...sebenarnya tau dah dia balik kk kemarin, aku ngah tunggu dia call or sms. Aikk aku tertunggu2 ke ekeke..tak malunya i hahaha.Sebenarnya dah janji nak ambil dia kat airport tp aku di kampung time tu, dia sampai lak kul 9am,cam tak sempat je. Pas aku msg dia, aku tak dpt ambil,trus pula dia senyap tanpa berita.Tup2 dia msg nak jumpa plak :).
Hahahaha...aku tak jawab msg, dia call pula. Nahhhh esok dia nak balik KL dah, okla jumpa la kejap.Kejap? sebenarnya nak la jmpa lama2..nak g tgok wayang ke kan..kan..kan..tapi apa boleh buat orang tu sibuk. Rasanya aku takde perasaan pun kat dia ni, kami rapat dr sekolah rendah lagi.Ingat la bila kawan2 ckp kami berkawan, sempat lagi aku baling dia dengan batu. Pastu aku ngan dia kena jmpa guru besar hahaha...boleh pula aku ingat ek kisah2 dulu tu.
Taktau la, time aku tak ingat langsung pasal dia...tetiba dia muncul. Bila aku ckp jek g KL, adalah dia tunggu aku kat airport...
Nanti sambung la..ngantuk giler...sweet dream everybody :)