Monday, November 1, 2010

Sedih...

Tadi call my mom...dan dia bgtau pasal hal itu.Pada mulanya dia tidak mahu memberitahuku,alasannya nanti aku lagi tertekan.Setelah puas ku pujuk,dia pun memberitahuku.Ternyata jawapannya amat memeranjatkan aku. Tergamak org yang aku sangka baik selama ini,itulah yang menikam aku dari belakang.Adakah senyumannya selama ini palsu semata2..adakah pertolongan yang dia berikan selama ini ada makna yang tersirat. Adakah aku telah membuat sesuatu yang menyakiti hatinya sehingga dia sanggup membuat perkara yang dilaknat Allah itu???

Dalam sakit ku ini...aku masih mencari jawapan.Kenapa perlu membuat perkara sebegitu, sakit hati sangat kah dia padaku. Mungkin selama ini,dia amat meluat tengok wajahku,...aku pujuk hati..biarlah moga tuhan saja yang membalas segalanya. Moga Allah membuka hatinya untuk insaf,moga terbuka hatinya supaya tidak membuat perkara yang kufur seperti itu.

Ini kali kedua,orang yang agak rapat denganku membuat hidupku sebegini. Aku tanya ibuku..'dorg nak sangat ke aku mati mak?Apa juga faedahnya dorg buat begitu? Bukannya kita kaya pun,dorg lagi kaya. Kenapa sampai buat aku begini.'

Tadi di opis, sekali-sekala sakit tu datang ,sampai ada yg menegur.Sakit ke Jut? Aku hanya senyum...senyum menahan airmataku dari gugur berjuraian. Ya Allah..tabahkan lah hati hamba mu ini.

Dan....Aku nekad untuk memohon cuti dalam masa terdekat ini...

No comments:

Post a Comment