Thursday, July 1, 2010

1 july

i'm back :)

Hampir 2 bulan aku tak mencoret kat sini..sebenarnya meluahkan perasaan hehehe.April tahun ni bulan yang memberikan banyak dugaan kepadaku.Betullah kata orang bulan 4 ni tak baik. (ye ke tak baik..kebetulan kali hehe).Terpaksa menyelesaikan masalah dengan sendirinya.Tiada tempat mengadu...hendak mengadu pun kepada siapakan,kalau kepada family lagi akan membebankan mereka :( . Ingin saja aku nak memaki je terus ke muka orang tu, cuba bayangkan keluarga sendiri yang buat kita begitu,tapi sabar jelah, yang dapat aku buat hanya lah berdoa kepada Allah moga ditunjukkan jalan penyelesaian dan diberikan hati yang tabah. Tapi entah kenapa airmata ni tak mau keluar..sebenarnya aku ingin sangat nak menangis.

Julai..memberiku berita gembira,terima kasih Ya Allah kerana penderitaan itu sebenarnya memberikan kita waktu untuk kita menyesali perbuatan kita yang lampau, memberikan pengajaran kepada kita dan menjadikan kita lebih matang,bersikap positif dan seterusnya sentiasa bertawakal kepada Tuhan. Dan bila aku didatangi kesusahan aku sentiasa teringat 'Allah tidak menguji seseorang itu di luar kemampuannya,teruskanlah berdoa'. Rasanya itu lah yang sentiasa membuat aku setabah ini. Syukur,alhamdulillah :)

Selepas ni tiada lagi duka,aku tak ingin berdendam..tapi buat masa ini aku tidak mahu ke sana.

2 comments:

  1. Kenapa Jut? Moga segala masalah segera selesai. Amin. Dan teruskan menulis.. rindu baa.. nak baca cerita2 ko.

    ReplyDelete
  2. eliza..ko baca ek..malunya aku hehe.Aku ada sikit problem tp sekarang otak da x serabut,biarla yg lepas2 tu usah dikenang, moga tuhan membuka hati dorg utk myesali perbuatan mereka.

    ReplyDelete