Saturday, April 10, 2010

Sakit kepala

4 minggu lagi nak final exam..Kemarin masuk lab,aku betul2 sakit kepala..First class tu ok lagi, masuk group 2,sampai sapu minyak cap kapak.Bebudak ni,dah berbuih aku cakap.Rasanya setiap kali masuk lab aku mesti cakap benda yg sama.Tapi tulah telinga tu letak kat mana, kasi tinggi suara sikt dah ambik hati pula.Cuba la dorg ikut cara C amy tu,tak tahu rujuk buku dulu sebelum tanya,nasib baik ada gak student yg buat kita rasa senang hati.Ni yang lain tu tak pernah nak gunakan otak.Sabar jelah...syukur ada yg dapat reconcile.Betullah student skrg ni,tak sama dengan student dulu..amat kecewa sekali. Rasanya jajal2 batch dulu,tapi lebih baik dari sekarang ni..

Final exam ni aku rasa...aku berhenti berharap....

sejak2 thumbprint ni aku rasa penat sgt, bukan badan yg letih.Tapi otak yg penat.Kalau class pagi takpe juga,tapi kalau class petang tu yang haru biru tu.Bayangkan lah kul 5.30 dah bangun dah.Nak tunggu class petang tu,otak dah penat,bila dah penat rasanya masuk class pun cam tak confident jek.Tapi dorg ni cam tak nak faham la,kami ni bekerja guna otak,i mean mmg lah semua pun kena guna otak,tp kan mengajar tu,otak kena bekerja kuat..ishhh susah lak nak explain.Sapa2 yg kuat komplen tu,cuba lah dorg try mengajar lak,mcmana..kita tengok camne dorg nak handle pelbagai kerenah students dlm class tu.Ni tak asik komplen jek.

Dulu,sempat lagi menaip2 soalan atau baca buku atau buat persediaan untuk class keesokkan harinya.Tapi sekarang sorry lah, nak buka laptop pun tak larat..kekadang terfikir lak,'jut masa kerja ko 7.30-4.30,buat apa nak sibuk2 buat kerja opis kat umah.Dorg yang berkira sangat,so kalau ko buat kerja di rumah tu kan cam overtime tu kan'.Tapi,dorg tak pernah nak bertolak ansur,kerja2 begini ni,memerlukan otak yang tenang nak buat kerja,nak buat and taip soalan2 tak ley lah rush sgt,nnt tersalah sana sini buat malu jek kan.Rasanya aku tak pernah pun lepak2 d cafe.Selalunya g turun menapau jek.Dorg tu yg lepak berjam2 hanya utk secawan kopi.Dah tu yg melepak tu pula yg selalunya tak puas hati.Rasanya kami lah yg tak berkira sangat,time lunch pun masih lagi melayan students yg bertanya.Nak kata mkn lepak2 kat luar berjam2 takde pun.

Entahlah aku rasa semester ni bebanan tu terasa sangat.Dah la ajar 4 subjek.2 subjek tu pula studentnya more than 70 students.Kalau aku jenis yg main 'raduh' jek,memang aku biarkan je bebudak tu.Aku tak kan buat test sampai empat kali.Tapi,kalau bukan kita yg tolong siapa lagi kan..

Huhhh..panjang pula aku membebel,rasanya tension kot tulah nak lepaskan kat sini.Esok nak balik kampung,adik aku ajak g mandi laut..

No comments:

Post a Comment