Sunday, January 10, 2010

sunday@hospital

baru balik dr hospital....
sebak tgok seorang nenek kat depan katil my nenek tu, dr semalam aku tengok tiada pun pelawat berada di sisinya. kemana kah anak-anaknya? di mana kah sanak saudaranya? sehingga tamat masa melawat td, dia masih tiada pelawat..Sesekali aku pasti akan memandang ke arahnya, kasihan sungguh tengok dia makan,selepas makan dia pun terus baring bersama bekas makanan itu,sampaikan pakcik prihatin terhadap nenek tu, lalu mengambil bekas makanan nenek itu dan memberikannya kepada nurse di situ. Sedang kami gelak ketawa berborak sesama sendiri, aku tengok nenek tu menutup matanya, dan kulihat mulutnya seakan2 menahan tangisan...sedih sungguh melihat keadaannya, dan sahlah sangkaan ku tadi, memang nenek tu menangis..aku terus mengalihkan pandangan ke arah lain, keranaku pasti kalau terus menatapnya pasti airmataku mengalir..sampai sungguh hati anak2nya.

1 comment: