Friday, November 11, 2011

11Nov2011

Ermmm...hari ni ramai yg memperkatakan tentang tarikh 11.11.11.Tadi di radio Hotfm pun begitu jg. So, aku pun nak coretkan sesuatula supaya next year aku boleh baca balik apa yg aku tulis di sini pada hari ini. Kemarin aku ckp dgn kwn aku jum buat sesuatu yg kita boleh kenang pada tarikh 11.11.11 ni hehe..Hahahahhaa...

Bestnya kalau kawin pada tarikh ni kan..sudah la hari jumaat,mmg ngam la untuk bernikah.And for sure, ramai la yg ambil tarikh ni utk melangsungkan perkahwinan. cONGRATZla untuk sapa2 yg bertuah itu :).

Life goes on as usual...kemarin last jaga exam.Ohhhh bertuahnya badan, masa untuk merehatkan minda,masa untuk santai2.My plan time cuti ni, nak membersihkan rumah bonda.Kesian aku tengok rumah tu,rumput pun dah panjang sampai pinggang.Tapi takpe, masa aidiladha hari tu,aku dah kerahkan anak2 buah aku untuk bertugas.Harap2 rumput2 yg aku dah bubuh racun tu suda menunjukkan hasilnya coz skrg ni musim hujan.Pisang2 pun banyak buahnya.Aku bukannya takutkan ada org nak ambil buah2an kat sana. Tapi kalau dorg nak ambil pun biarlah ambil dgn baik,jangan sampai merosakkan harta benda di sana tu.Yup...memang pagar rumah tu aku biarkan tak berkunci, kerana aku dah pesan kat kawan2 arwah mamaku supaya kalau nak ambil daun2 sirih di sana ambil sajala. Aku dah anggap itu sedekah untuk arwah mamaku. Tapi ada segelintir manusia yg amat busuk hati tentang tanah mamaku itu.Cukupla wahai manusia yg durjana...moga Allah mengampuni dosa2 kamu yg berniat tidak baik itu.

Aku akan cuba balik setiap minggu untuk menjenguk rumah itu. Melihat bunga2 kegemaran arwah mamaku membuatkan hati terasa tenang sekali. Ya...ada bunga ros pelbagai warna, bunga raya dan pelbagai bungala. Dan aidiladha hari tu, aku ada tanam beberapa bunga di pusaranya. Moga2 dia gembira di sana.
Ya Allah...tempatkanlah ibuku di kalangan ahli2 syurgamu.Amin...

Tuesday, November 1, 2011

TQ EliZa :)


28-30 Oktober 2011...
Seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaaa...percutian yg sungguh bestla.

Eliza - Thanks coz bagi aku tumpang umah ko and jadi my tourist guide.Ermm first time tu g d Curve and Ikea.Selalunya aku g Kl mesti area bukit bintang, masjid india or midvalley jak.Memang cita2ku tercapai juga la p d'curve :)

Molek & Hanem - thanks jg coz suda dtg borak2 lepak2 walaupun main bowling tak dpt.Hahahah seram aku main bowling ni,tak reti sebenarnya ekeke..nasib baik full,kalau tak macamanala aku nak beraksi, mesti lucu..ohhh tidakkkkkk hehe

Harap2 kita boleh jumpa lagi.Korg...dtgla KK..aku tunggu :)

Wednesday, October 12, 2011

Patah seribu

Okay...lepas maghrib td,boleh2 aku terlelap dengan masih memakai telekung.Bangun-bangun je dah 8.30pm.Ermmm tanpa dinafikan,otak aku agak penat hari ni,coz 4 bundle ujian pelajar2 nak kena disemak.Hahhhh tula pasal,sapa suruh rajin sangat nak buat ujian 3.Tapi takpela buat pelajar2 yang disayangi,terpaksa la berkorban sikit.Harap2 dorg menghargai apa yang aku buat ni.
Minggu study tinggal next week aja,pastu Study week and November start final exam..2 minggu then cuti semester.Yeahhhhhhhhhhhh....time tu akan free tergolek sana sini la aku d opis tu wakakakaka...

Bangun dengan perut yg lapar..ermmm kan best kalau ada org tolong masak makanan utk aku.Ini kes malas la ni, last2..nasib baik ada magi sebagai penyelamat. My dinner: Maggi tomyam + kopi tenom + biskut susu tiger...Layannnn :)

Tuesday, October 11, 2011

Welcome back jut!

Huh!! Agak lama tak menulis di blog ku yg comel ini.Mungkin sibuk banget sih.Ya...sibuk untuk menghabiskan silibus (dah habis pun tinggal nak revision aja and doing some backup test..),sibuk dengan melayan karenah student,sibuk memikirkan kenapalah orang dengki dengan aku nih (ada jg saudara yg tak sedar diri..asik nak cari salah org saja,salah dorg dia tak heboh pula..kalau la aku jahat aku nak juga heboh hal dorg tu..tp biar Allah saja membuka hati mereka supaya berhenti busy body ),sibuk melayan diri yang tiada motivasi (tapi berusaha jg untuk meneruskan hidup...ya hidup mesti diteruskan!).

Alhamdulillah...kenduri arwah ibu ke-100 hari (30 sept 2011) yang lalu juga selamat diadakan di rumah my uncle.Thanks kepada saudara-mara yg datang membantu.Sekarang ni hanya nak fikirkan macamana nak teruskan hidup ini tanpa ibu. Kekadang bila teringat, akan menangis tak henti2 tiada penghujungnya sampailah aku tertidur. Cuba tunjukkan sikap gembira tp siapa la yg tahu akan kesedihan yang kita lalui.Hanya berdoa kepada Allah moga diberikan hati setabah mungkin...

ermmmmmmmmm...mayb inilah masanya aku kena timbangkan untuk sambung belajar...:)
.Amacam? Bernas tak idea tu...kwn2 berila pendapat :)

Friday, September 16, 2011

16 Sept

Happy Birthday to me...:)

Bersyukur kepada Allah atas nikmat dan rahmat yang diberikan sehingga saat ini.

Terima kasih kepada arwah ibu kerana melahirkan aku.Terima kasih ibu...:(
Teringat lagi, semasa ulang tahun ku tahun lepas, aku balik dgn bawa kek nak sambut bersama ibu, rupa2nya ibu ada menjemput beberapa saudara dtg ke rumah. Maklumla tahun lepas,bdayku jatuh pada bulan syawal. Agak sedih juga bila teringat saat itu...

Setiap tahun menyambut bday, 1 malaysia akan menyambutnya, maklumlah HARI MALAYSIA.. public holiday yoooooooo hehhe..

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri...

Esok...1 Syawal...

Dalam gembira menyambut aidilfitri, perasaan sayu menyelubungi diri.Syawal ini beraya tanpa ibu. Terasa sangat tiadanya ibu di sisi. Dulu bila syawal menjelma, ibu yang sibuk menyiap kan semuanya. Kini, tiada lagi..tadi semasa mengisi ketupat, tiba-tiba airmataku mengalir,sedih sekali...

Ibu...aku meminta ampun dan maaf, sekiranya nya pernah menguris perasaan ibu, halalkan lak makan dan minumku selama ini.

Ya Allah, sempena syawal yang mulia ini,ampunilah dosa-dosa ibu,tempatkanlah dia dikalangan orang2 yang beriman.

Selamat Hari RAYA Maaf Zahir dan Batin..

Tuesday, August 16, 2011

miss u mom...

Bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang
dan pergi meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya waktu terhenti tak kau sadari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali mengulang ke masa lalu
Dunia dipenuhi dengan hiasan semua
dan segala yang ada akan kembali kepadaNya
Bila waktu telah memanggil,
teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti,
teman sejati tinggallah sepi
~bila masa tlah berlalu-Opick~