Thursday, December 15, 2011

Bangunla jut!!!

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku...

Kekadang bila dugaan datang melanda, kita sering kali berkata kenapa la asyik aku jak yang terkena macam ni. Tetapi akan selalu ingat 'Allah tidak akan menguji seseorang itu di luar kemampuannya. Minggu lepas minggu penuh dugaan, sehinggakan aku tidak mahu bangun dari tidurku..

'Semakin cepat ko menerima kenyataan, semakin cepat kau mencapai kebahagiaan'... nasihat dr seorang teman. Walaupun pada mulanya aku hanya mngendahkan kata-katanya, tapi entah mengapa ayat itu seringkali bermain di mindaku.

Bila dugaan datang melanda,pasti ada sinar di penghujungnya...

Syukur...Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah

Saturday, December 10, 2011

Pesorong kam

Pesorong kam adalah bahasa bajau yang bermaksud selamat datang atau welcome.

Blog saya ini adalah berbentuk peribadi, dalam erti kata lain saya akan tulis apa saja yang saya inginkan. Tolonglah...jangan invite saya dengan benda-benda seperti nak buat bisnes ke..nak beli barangan ke..nak belajar itu ini ke...dan jangan memaksa saya untuk FOLLOW blog korang :).

Kekadang untuk meluahkan perasaan marah, gembira, sedih...(kerana kita tidak mahu share dengan kawan2..maybe malu or kwn2 pun bz..)..kita akan menulis tentang itu. Jadi sy akan luahkan di sini sajalah XD.

Malam ni 10hb Dis 2011 Sabtu...saya ada terbaca akan terjadinya satu fenomena gerhana bulan penuh bermula pada jam 22.33. Jum kita tunggu bersama-sama salah satu kejadian alam yang menunjukkan kebesaran Allah ini.

Sayangi diri anda...kalau ada family baliklah,luangkan masa bersama mereka selagi nyawa di kandung badan....

Monday, December 5, 2011

Damdeok :)

http://www.dramacrazy.net/korean-drama/king-gwanggaeto-the-great/

Hahahaha sekarang tengah gila tgok drama korea ni...Sebab aku memang suka tengok cerita yang macam ni. Kekadang gelak sendiri2..kekadang 'termenangis' pun ada hehe.

Ada 2 minggu lagi nak semester baru...Bersediakah anda? Aku ok je..coz ajar subjek yang lama,so nota2 pun yg sama tinggal nak update beberapa topik je. Last meeting hari tu,beban kerja akan bertambah this coming semester, semua memerlukan internet.Key-in data student, markah ujian..kuiz..dan segalanya la.Its ok...semua tu kita kena terima dengan positif supaya takla stress sangatkan.Betul tak?

oh ya...aku ada beli lappy baru...Asus purple...so senang aku nak bawa ke sana kemari.So cute la..i like hehe.And sebagai anty yang sungguh comel (kah33x..)..laptop yang lama ni nak bagi my niece.Semoga dorang lebih rajin bila aku nak suruh dorg buat kerja2 aku haha...

okla...sayangi diri anda setiap hari...counting for NEW YEAR 2012 :)

Friday, November 11, 2011

11Nov2011

Ermmm...hari ni ramai yg memperkatakan tentang tarikh 11.11.11.Tadi di radio Hotfm pun begitu jg. So, aku pun nak coretkan sesuatula supaya next year aku boleh baca balik apa yg aku tulis di sini pada hari ini. Kemarin aku ckp dgn kwn aku jum buat sesuatu yg kita boleh kenang pada tarikh 11.11.11 ni hehe..Hahahahhaa...

Bestnya kalau kawin pada tarikh ni kan..sudah la hari jumaat,mmg ngam la untuk bernikah.And for sure, ramai la yg ambil tarikh ni utk melangsungkan perkahwinan. cONGRATZla untuk sapa2 yg bertuah itu :).

Life goes on as usual...kemarin last jaga exam.Ohhhh bertuahnya badan, masa untuk merehatkan minda,masa untuk santai2.My plan time cuti ni, nak membersihkan rumah bonda.Kesian aku tengok rumah tu,rumput pun dah panjang sampai pinggang.Tapi takpe, masa aidiladha hari tu,aku dah kerahkan anak2 buah aku untuk bertugas.Harap2 rumput2 yg aku dah bubuh racun tu suda menunjukkan hasilnya coz skrg ni musim hujan.Pisang2 pun banyak buahnya.Aku bukannya takutkan ada org nak ambil buah2an kat sana. Tapi kalau dorg nak ambil pun biarlah ambil dgn baik,jangan sampai merosakkan harta benda di sana tu.Yup...memang pagar rumah tu aku biarkan tak berkunci, kerana aku dah pesan kat kawan2 arwah mamaku supaya kalau nak ambil daun2 sirih di sana ambil sajala. Aku dah anggap itu sedekah untuk arwah mamaku. Tapi ada segelintir manusia yg amat busuk hati tentang tanah mamaku itu.Cukupla wahai manusia yg durjana...moga Allah mengampuni dosa2 kamu yg berniat tidak baik itu.

Aku akan cuba balik setiap minggu untuk menjenguk rumah itu. Melihat bunga2 kegemaran arwah mamaku membuatkan hati terasa tenang sekali. Ya...ada bunga ros pelbagai warna, bunga raya dan pelbagai bungala. Dan aidiladha hari tu, aku ada tanam beberapa bunga di pusaranya. Moga2 dia gembira di sana.
Ya Allah...tempatkanlah ibuku di kalangan ahli2 syurgamu.Amin...

Tuesday, November 1, 2011

TQ EliZa :)


28-30 Oktober 2011...
Seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaaa...percutian yg sungguh bestla.

Eliza - Thanks coz bagi aku tumpang umah ko and jadi my tourist guide.Ermm first time tu g d Curve and Ikea.Selalunya aku g Kl mesti area bukit bintang, masjid india or midvalley jak.Memang cita2ku tercapai juga la p d'curve :)

Molek & Hanem - thanks jg coz suda dtg borak2 lepak2 walaupun main bowling tak dpt.Hahahah seram aku main bowling ni,tak reti sebenarnya ekeke..nasib baik full,kalau tak macamanala aku nak beraksi, mesti lucu..ohhh tidakkkkkk hehe

Harap2 kita boleh jumpa lagi.Korg...dtgla KK..aku tunggu :)

Wednesday, October 12, 2011

Patah seribu

Okay...lepas maghrib td,boleh2 aku terlelap dengan masih memakai telekung.Bangun-bangun je dah 8.30pm.Ermmm tanpa dinafikan,otak aku agak penat hari ni,coz 4 bundle ujian pelajar2 nak kena disemak.Hahhhh tula pasal,sapa suruh rajin sangat nak buat ujian 3.Tapi takpela buat pelajar2 yang disayangi,terpaksa la berkorban sikit.Harap2 dorg menghargai apa yang aku buat ni.
Minggu study tinggal next week aja,pastu Study week and November start final exam..2 minggu then cuti semester.Yeahhhhhhhhhhhh....time tu akan free tergolek sana sini la aku d opis tu wakakakaka...

Bangun dengan perut yg lapar..ermmm kan best kalau ada org tolong masak makanan utk aku.Ini kes malas la ni, last2..nasib baik ada magi sebagai penyelamat. My dinner: Maggi tomyam + kopi tenom + biskut susu tiger...Layannnn :)

Tuesday, October 11, 2011

Welcome back jut!

Huh!! Agak lama tak menulis di blog ku yg comel ini.Mungkin sibuk banget sih.Ya...sibuk untuk menghabiskan silibus (dah habis pun tinggal nak revision aja and doing some backup test..),sibuk dengan melayan karenah student,sibuk memikirkan kenapalah orang dengki dengan aku nih (ada jg saudara yg tak sedar diri..asik nak cari salah org saja,salah dorg dia tak heboh pula..kalau la aku jahat aku nak juga heboh hal dorg tu..tp biar Allah saja membuka hati mereka supaya berhenti busy body ),sibuk melayan diri yang tiada motivasi (tapi berusaha jg untuk meneruskan hidup...ya hidup mesti diteruskan!).

Alhamdulillah...kenduri arwah ibu ke-100 hari (30 sept 2011) yang lalu juga selamat diadakan di rumah my uncle.Thanks kepada saudara-mara yg datang membantu.Sekarang ni hanya nak fikirkan macamana nak teruskan hidup ini tanpa ibu. Kekadang bila teringat, akan menangis tak henti2 tiada penghujungnya sampailah aku tertidur. Cuba tunjukkan sikap gembira tp siapa la yg tahu akan kesedihan yang kita lalui.Hanya berdoa kepada Allah moga diberikan hati setabah mungkin...

ermmmmmmmmm...mayb inilah masanya aku kena timbangkan untuk sambung belajar...:)
.Amacam? Bernas tak idea tu...kwn2 berila pendapat :)