Friday, July 3, 2009

7 ayat cinta

Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.Bismillahhirrahma nnirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquatai llahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

hujan ooo hujan..

"hujan oo hujan..mengapa engkau turun,,macamana aku tak turun katak panggil aku..". iTS raining again, this time basah lencun, td pergi donggongon ada hal nak settlekan dengan my friend. Hanya mampu berdoa agar masalah itu tak berpanjangan. I am counting on you my friend. Selepas selesai urusan, kami lepak kedai kejap pekena soto ayam
and ice lemon tea. Emmmm...time2 hujan selera pun bertambah2. Borak2..gelak2..ngumpat2..pastu g tengok bundle kat depan situ tu. Dan lepas tu redah hujan, mmg lah lencun, park kereta jauh lak tu.Adoiii na..takpe la sesekali kan mandi hujan apa salahnya.. Akan balik kampung esok pagi, sebelum tu ingat nak singgah Alamesra sekejap, janji ngan my friend nak makan roti canai kat sana. Aikk fikir makan jela kerja dia ek..
Actually malas nak balik kg, tapi da janji nak bagi duit kat mak n anak buah..Takpe balik jela, lagipun ingat nak pergi tamu la. DAH lama tak ke tamu ahad..nak beli apa ek? Ketam??? Bagus gak tu..lagi? Nak makan apa lagi?...hehehehe

Thursday, July 2, 2009

kopi tenom

grrr...napa tak ngantuk lagi ni. Sebab minum kopi tenom tadi tu ke? Selalu minum pun ok je. Td dok tengok forum perdana, tajuknya penyakit cinta. Alamak baru fikir nak bercinta lagi ekeke, ok juga sesekali dengar forum agama ni,sebenarnya nak tengok cerita keliwon td, tapi maklumlah penakut punya pasalkan tak tengokla. Cari2 channel..ustaz satu tu dok cakap pasal penyakit cinta,okla ba tu layannnn..antara topik yang di bincang kan pasal bercinta sebelum atau selepas kawin. Bagi aku, mungkin terpulang pada keadaan la kot, dua-dua pun baik, asalkan nanti ia kekal selamanya hingga ke akhir hayat. Tak nak la nnt d tengah2 jalan bercerai berai pula kan. Teringat time putus cinta..ahhh ku pujuk hati, "Biarla putus cinta sekarang, mungkin kalau di teruskan mungkin tak sampai hujung hayat..mungkin itu hikmahnya.Ya tak?"...

Jika kau bercinta lagi..

Mc Chicken for lunch

yummieeeee...i am soooo straving. Memang la kelaparan, tadi pagi sempat minum soya bean je sebelum drive g opis. Ingat nak diet tengahari ni, sudah la malam tadi da tapau burger abang kat bawah tu, then lunch ni pun makan burger lagi. Emmmm...sedapnya, terpaksa la pergi rimba untuk membuang toksin2 dalam badan ni. Tapi sekarang ni musim hujan lak,tu yang malas tu..
Hari ni dah tau subjek yang akan di ajar semester depan, will begin this august la..syukurla ajar subjek yang sama juga. Napa tak kurang ek..Bos kasi kurang la satu subjek.Malasnya my MYOB ada 2 class. Maknanya akan masuk lab for 4 hours yiksss. Myob 31 org, Tax 1 (15), Tax 2 (4) and Managerial Accounting (32)...semester depan akan bertembung dengan puasa, tahu-tahu jela lau time puasa ni, for sure mengantuk giler huhuhu..
ok start next week, akan ku update kan nota-nota then hantar g photostat. Go jut go..;p

Wednesday, July 1, 2009

untuk kali terakhir

Minggu lepas, sengaja lalu depan rumahnya. Walaupun aku tahu dia tiada. Cukupla kata orang jika hanya melihat pada tingkap biliknya. Masih segar di ingatan tingkap itulah yang selalu aku rindui dahulu pabila dia tersenyum-senyum sambil melambai-lambaikan tangannya. Tapi kini, tingkap itu telah tertutup seperti tertutupnya hati ini.Moga akan datang cinta baru..kerana aku mahu bercinta lagi..nite my blog..

jangan kau bimbang sayang

Sesekali terdetik di hati ini untuk melepaskan segala-galanya. Tapi seakan-akan ada lagi satu suara membisikkan 'jangan ikut perasaan...mungkin ada hikmah segala keperitan ini, bersabar lah'. Lewat tengah malam semalam aku menangis lagi...jangan kau bimbang sayang, di mana ku berada, dengan siapa ku bersama, aku tetap kau yang punya...

yeahhhh its july

emmm...welcome July, byeeee june...4 minggu lg gaji hehehe. This month still alive n kicking and end of the month will be flying to KL. Lumayannnnn...